||Tarikh Kelahiran Nabi Muhammad SAW: Antara 9
Rabi'ul Awwal dan 12 Rabi'ul Awwal||
Para Ulama dan Ahli Falak telah sepakat bahawa
tahun gajah, yakni tahun kelahiran Nabi SAW
jatuh pada tahun 571 Masihi dan Baginda SAW
lahir pada bulan Rabi'ul Awal, hari Isnin.
Bagaimanapun, mereka berbeza pendapat dalam
menentukan adakah Baginda SAW lahir pada 9
Rabi'ul Awal atau 12 Rabi'ul Awal; 20 April atau
22 April? Terdapat juga beberapa pendapat yang
lain tetapi ianya lemah.
Menurut Imam Al-Kauthari, Raja Muzaffar Kaukabri
(wafat 620H), pengasas majlis sambutan maulid
Nabi SAW pernah menyambutnya pada malam
kelapan Rabi'ul Awal (hari 9 rabi'ul Awal) pada
tahun tertentu, dan menyambutnya pada malam
12 Rabi'ul Awal pada tahun yang lain untuk
beramal dan meraikan kedua-dua riwayat tersebut.
[Maqalat Al-Kauthari m/s 307]
Berkata Al-Imam Al-Allamah Al-Muhaddith Al-Faqih
Muhammad Zahid Al-Kawthari r.a (Ulama besar
zaman khilafah Uthmaniah wafat 1371 h):
Adat yang biasa diikuti di negara-negara islam
dalam sambutan Maulid Nabi SAW adalah pada 12
Rabi'ul Awwal kerana telah disepakati kelahiran
baginda SAW tidak berlaku setelah tarikh ini(dari
13 hingga 30 Rabi'ul Awal) di sisi seluruh ulama,
maka mereka mengadakannya di satu malam yang
tidak mempunyai apa-apa perbezaan pendapat
setelah tarikh ini yang mana telah jelas Nabi SAW
lahir sebelum waktu tersebut.
Dan tidaklah satu perkara yang aneh tentang
khilaf tarikh kelahiran Nabi SAW kerana Baginda
SAW lahir di sisi masyarakat yang buta huruf,
tidak tahu menulis dan mengira serta tidak
tertulis dalam sejarah kecuali peristiwa-peristiwa
yang makruf di sisi mereka.
Para ulama berbeza pendapat sama ada Nabi SAW
lahir pada 9 Rabi'ul Awwal atau 10 Rabi'ul Awwal
atau 12 Rabi'ul Awwal.
Tarikh 10 Rabi'u awwal disandarkan oleh Ibnu
Sa'ad di dalam tabaqatnya kepada Muhammad Al-
Baqir r.a, tetapi pada sanadnya ada 3 periwayat
yang dipertikaikan.
Tarikh 12 Rabi'ul Awwal pula walaupun masyhur
dan dinaqalkan kebanyakan ulama dalam kitab-
kitab sirah, tetapi asalnya disandarkan kepada
Muhammad Ibnu Ishaq, dan tarikh ini disebut
oleh Muhammad Ibnu Ishaq tanpa sanad(tiada
sanad)..
Manakala tarikh 9 Rabi'ul Awwal adalah yang
paling rajih dan muktamad, ia merupakan
pendapat yang dikemukakan Ibnu Abdil Barr
dalam 'Al-Isti'ab' ketika menyebut sudut khilaf
dalam tarikh maulid Nabi SAW. Dan telah
menghadkan tentangnya sebelumnya Abu Bakar
Muhammad Bin Musa Al-Khawarizmi. Dan berkata
tentang tarikh ini juga Al-Hafiz Umar Ibnu Dihyah
al-Kalbi dalam kitabnya 'At-Tanwir Fi Maulid As-
siraj Al-munir' yang mana dengan kitab tersebut
beliau mendapat hadiah 1000 dinar dari Raja
Muzaffar Ad-din(di zaman Sultan Salahuddin Al-
Ayyubi) katanya, "Dan ianya(tarikh 9 rabiulawwal)
tiada yang sahih tarikh selainnya dan telah
sepakat tentangnya ahli sejarah"
Bahkan ianya juga dikuatkan lagi dengan kajian
pakar ilmu falak yang terkenal, Al-Allamah
Mahmud Basya Al-Falaki Al-Misri dalam risalahnya
yang berbahasa Perancis dan telah diterjemahkan
kepada bahasa arab oleh Ahmad Zaki Basya
berjudul "Nataij Al-afham Fi Taqwim Al-Arab
Qablal Islam Wa Fi Tahqiq Maulid Nabi Wa
Umruhu 'Alaihissolatuwassalam" pada tahun 1305
h. Kajian tersebut mengemukakan banyak kajian-
kajian ahli falak timur dan barat yang
mengesahkan bahawa hari Isnin bertepatan pada
9 Rabi'ul Awwal tahun gajah, bersamaan 20 April
571 Masihi. [Rujuk Maqalat Al-Kauthari m/s:
305-307 & 311]
Syaikh Sofiurrahman Al-Mubarakfuri juga
menyebutkan dalam kitab sirahnya 'Raheeq Al-
Makhtum' bahawa Baginda SAW lahir pada 9
Rabi'ul Awwal.
Bagaimanapun, Menurut Mufti Mesir, Syaikh Ali
Jum'ah hafizahullah, terdapat juga kajian ahli
falak yang bernama Dibbanah di dalam kitabnya
"Taqwim 'Am Li Khamsati Alafi 'Am" yang
mengesahkan bahawa 22 April jatuh pada hari
Isnin, yakni 12 Rabi'ul Awwal, manakala 20 April
pula (9 Rabi'ul Awwal) jatuh pada hari Sabtu..
Rujuk video beliau di: http://www.youtube.com/
watch?v=yH1P5mKzRfs
Menurut Al-Allamah Al-Muhaddith Prof. Dr Sayyid
Muhammad Alawi Al-Maliki Al-Hasani, kita tidak
mengatakan bahawa sambutan kelahiran Nabi SAW
adalah sunnah dan terikat pada tarikh dan
malam-malam tertentu, bahkan sesiapa yang
beri'tiqad dan meyakini sedemikian, maka dia
telah melakukan satu bid'ah yang sesat dalam
agama kerana memperingati Nabi SAW dan
berpaut hati pada baginda SAW itu perlu pada
setiap waktu dan zaman dan perlunya juga untuk
mengisi jiwa dengan kecintaan kepada Nabi SAW.
Sesungguhnya berkumpulnya kita untuk
menyambut kelahiran nabi SAW pada bulan
Rabi'ul Awal adalah bukan suatu ibadah, tetapi
ianya merupakan adat yang dijadikan sebagai
wasilah yang besar untuk berdakwah kepada Allah
untuk mengingatkan umat yang lalai tetang akhlak
Nabi SAW, sirah baginda SAW, keadaannya,
muamalatnya, ibadahnya dan lain-lain.
[Diadaptasi dari kitab 'Mafahim Yajibu An
Tusohhah' m/s 253-254 karya Al-Allamah Sayyid
Muhammad Alawi Al-Maliki Al-Hasani dengan
sedikit sunting
Selasa, 22 Januari 2013
Tarikh Kelahiran Nabi Muhammad S.A.W
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
الله سبحانه و تعالى
:: Allah ::
I love You And I need You..
You Are My First & Last Hope,
I want your Peace,
I want your Blessings ..
Forever And Ever With Me..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan