Isnin, 28 Januari 2013

Musa bin Nusair (ﻣﻮﺳﻰ ﺑﻦ ﻧﺼﻴﺮ)

Assalamualaikum,sahabat sekalian kalian , hari ni saya
ingin mengisahkan riwayat hidup Musa bin Nusair.Beliau dilahirkan pada tahun 19 hijrah
di bumi hirah . Bapa beliau bernama Nusair
merupakan tawanan Saifullah Al Maslul Khalid Al Walid . Sebelum memeluk Islam ,bapa beliau
beragama Nasrani .Setelah pembukaan Islam di
Syam bapa beliau telah diislamkan oleh Khalid AL Walid dan ditarbiah dengan ilmu agama dan
jihad . Musa bin Nusair dan bapanya telah
berpindah ke hijjaz dan mereka hidup dala
masyarakat arab . Semenjak kecil beliau telah
diasah dengan semangat jihad .
Setiap waktu subuh beliau selalu mendengar
kisah 2 keberanian para sahabat seperti Saad
bin Abi Waqqas ,Abu ubaidah Al Jarrah , Khalid
Alwalid dan para sahabt yang lain . Beliau
dilatih dengan seni perang dan didikan agama.
Beliau merupakan tabiin yang mana beliau
sempat berjumpa beberapa orang sahabat
seperti contohnnya Ibnu Umar dll.bersambung.
Pada pemerintahan Muawiyah, Nusair bapa
beliau telah dilantik sebagai pngawal
khalifah .Peperangan pertama yang beliau ikuti
ialah pembukaan Qubrus . Beliau telah dilantik
sebagai panglima kepada Abdul Aziz Bin
Marwan dan diperintahkan untuk membuka
Maghribi .Apabila beliau telah membuka
Maghribi beliau telah menjadi gabenor
disitu .Beliau telah memerintah dengan adil
hinggakan kaum Babar memeluk Islam .Beliau
telah melantik Toriq bin Ziyad sebagai amir
wilayah tonga. Pada tahun 92 hijriah beliau
telah menghantar Toriqbin Ziyad utk membuka
Andalus dan seterusnya beliau juga ke Andalus
bersama pasukannya (rujuk pembukaan andalus).
Setelah beliau telah diperintahkan pulang ke Damsyiq,Khalifah Al Walid sedang gering dan
seterusnya wafat dan digantikan oleh Sulaiman
bin Abdul Malik.Pada tahun 97 beliau bersama
Khalifah pergi menunaikan haji di
Mekah .Semasa dalam permusafiran di Madinah
beliau telah berdoa supaya Allah Taala
mewafatkannya di Madinah atau beliau kekal
dalam medan jihad. Allah Taala telah
mewafatkannya ketika belaiu berumur 78 tahun
dan beliau dikebumikan di Baqi'

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

الله سبحانه و تعالى

:: Allah ::


I love You And I need You..
You Are My First & Last Hope,

I want your Peace,
I want your Blessings ..

Forever And Ever With Me..