Para pembaca
yang dirahmati
Allah,
Mari bersama
hari ini kita
menghayati dan
menyelami
pengorbanan
serta perjuangan insan yang membawa
deen (Islam) ini kepada kitaJJ.
Kita sangat bersyukur kerana hari ini
terus-menerus Allah memberi kita nikmat
ini: IMAN dan ISLAM.
Bukan mudah hakikatnya untuk sampai ketangan kita kedua-dua nikmat ini. Ia
berjaya sampai kepada kita pada hari ini
adalah hasil daripada usaha, pengorbanan
dan perjuangan Nabi Muhammad s.a.w.,
insan yang tidak pernah putus asa dan
penat dalam menyampaikan dakwah Nabi yang sangat kasih dan prihatin pada nasib
ummatnya.
Hari ini...,
dan hari-hari yang seterusnya....
Marilah kita belajar MENCINTAI baginda
dengan sepenuh hati kita...
Mari sama-sama juga kita belajar untuk
MENCONTOHI Nabi....
Keringat yang dialirkan oleh baginda,
titisan darah yang mengalir ketika Perang
Uhud, susah -payah berhijrah ke Madinah,
sabar menerima tekanan dan seksaan
kaum Musyrikin dan pelbagai macam lagi
derita yang dilalui baginda tidak lain dan
tidak bukan SEMUA itu adalah untuk
KITA... UNTUK KITA ...
Semata-mata untuk pastikan ummatnya
ini selamat dan sejahtera di hadapan Allah
s.w.t. di akhirat nanti, maka segala
halangan dan derita sanggup ditempuhi
oleh Rasulullah s.a.w.
Tidak ada apa yang lain lebih berharga bagi
Rasul s.a.w. melainkan ummatnya
bersama-samanya di akhirat nanti,
bersama dalam syurga Allah yang
nikmatnya seluas langit dan bumi itu.
Bahkan dalam satu peristiwa, sewaktu
awal Islam...
Ketika Islam masih baru tersebar di
Makkah, Rasul s.a.w. melakukan solat di
depan Kaabah. Pembesar Musyrikin
Quraisy,yang juga bapa saudara baginda,
Abu Jahal yang begitu dengki pada
Rasulullah benci melihat Rasul s.a.w. solat
di depan orang ramai di Kaabah.
Kebenciannya itu menyebabkan dia
bertindak mengambil perut unta serta
meletakkannya di atas leher Nabi ketika
baginda sedang sujud.
MasyaAllah!!!
Bayangkan pembaca sekalian,
Najis yang keluar dari perut kita dalam
masa sehari pun sudah tidak terkira
busuknya, inikan pula unta yang disimpan
dalam badannya itu makanan dan
minuman sebagai bekalan selama dua
bulan...
Tidak cukup setakat itu, Musyrikin Quraisy
mencaci maki Nabi s.a.w. di khalayak
ramai. Menghina dan memfitnah Nabi
sebagai tukang sihir, orang gila, dan
sebagainya. Mereka tidak pernah berhenti
dan berputus asa merancang dan
berkonspirasi untuk menghentikan
dakwah Nabi s.a.w.
Bahkan tetamu-tetamu yang hadir ketika
musim ziarah ke Makkah pun sudah siap
menerima perkhabaran daripada
musyrikin Quraisy tentang Nabi s.a.w.
Tapi, adakah Nabi berhenti dan berputus
asa dengan semua itu?
TIDAK.... TIDAK SEKALI....
Bahkan semua itu dihadapi Nabi dengan
sabar dan penuh kekuatan daripada Allah.
Baginda terus menyampaikan dakwah,
menyampaikan Islam kepada orang ramai.
Semakin hari, semakin ramai yang
memeluk Islam.
Berita ini mengakibatkan bertambah-
tambah marah musyrikin Quraisy pada
Nabi.
Maka bertambah jahat pula konspirasi
untuk menjatuhkan Nabi....
Mereka tawarkan Nabi dengan harta,
wanita dan takhta tapi semua itu ditolak
oleh Nabi.
Bahkan mereka melaksanakan pula
PEMULAUAN ke atas umat Islam. Selama
hampir 3 tahun lamanya umat Islam
bertahan diboikot oleh kafir Quraisy.
Mereka tidak boleh membeli makanan,
tidak boleh berhubung dengan orang
ramai dan pelbagai lagi seksaan.
Semuanya bertujuan menghentikan
dakwah Nabi s.a.w.
Namun, Nabi s.a.w. tetap SABAR...
Usaha untuk sampaikan ISLAM tetap
diteruskan...
Para pembaca sekalian,
Lihatlah akan kegigihan Nabi untuk kita....
Nak pastikan kita ini selamat bersamanya
di akhirat nanti, sebab itulah baginda
menempuh kesukaran-kesukaran ini...
Dalam Perang Uhud, Nabi diserang hingga
berdarah...
Hingga timbul pengkhabaran yang
mengatakan Nabi sudah wafat, tapi
hakikatnya tidak benar.
Susah-payah Rasul s.a.w. menggali parit
ketika Perang Khandak bersama para
sahabat...
MasyaAllah....banyak sekali pengorbanan
baginda untuk kita...
Bahkan ketika hampir wafat pun, baginda
masih bertanya kepada malaikat tentang
keadaan ummatnya. Bahkan bukan
setakat itu, baginda minta pula untuk
ditanggung seluruh kesakitan ketika
sakaratul maut yang akan dilalui
ummatnya. Baginda minta juga balasan
untuk ummatnya ditangguhkan ke hari
akhirat nanti.
Ucapan yang tidak pernah lekang daripada
mulutnya ketika hampir wafat "Ummati !
Ummati ! Ummati !".
Mengingatkan nasib ummatnya di akhirat
nanti menyebabkan baginda mengulang-
ulang,"UMMATKU....UMMATKU...UMMATKU"
Tapi sayang sekali....,
Begitu sedikit sekali di antara kita pada
hari ini menghargai penat lelah Nabi ini,
Tidak ramai yang CINTA pada Nabi s.a.w.,
Bahkan ada pula yang tidak
mengenalinya....
Lalu layakkah kita ini menjadi sebahagian
daripada ummat baginda?
Nabi s.a.w. tidak pernah minta balasan
daripada kita atas susah-payahnya itu.
Baginda cuma mahu agar kita semua
berusaha mengikutinya...
Menggapai REDHA dan CINTA ALLAH
dalam kehidupan...
Mendekati SYURGA-NYA...
Menjauhkan dan menyelamatkan diri kita
daripada AZAB dan MURKA-NYA...
Menyelamatkan diri daripada seksa
NERAKA....
Baginda tidak pernah minta balasan wang
ringgit dan sebagainya.
Bahkan apa yang ditawarkan oleh kafir
Quraisy pun ditolak oleh baginda.
Malaikat juga pernah menawarkan baginda
sama ada baginda mahu menjadi Rasul
Saudagar atau Rasul Hamba. Jika baginda
pilih menjadi Rasul Saudagar, maka
baginda akan menjadi kaya-raya dengan
harta hasil usaha dakwah baginda, tapi
jika baginda memilih menjadi Rasul
Hamba, maka segala balasan di akhirat
kelak. Maka baginda memilih menjadi
seorang Rasul Hamba.
Lalu, masih ada halangan apa yang
menjadi tembok kepada diri kita untuk
mencintai dan mencontohi Rasul s.a.w.
dalam kehidupan kita?
Bahkan Allah s.w.t. telah firmankan dalam
Al-Quran yang bermaksud:
" Sesungguhnya pada diri Rasulullah itu
contoh terbaik kepada sesiapa yang
berharap kepada Allah dan hari akhirat."
Apa jua dalam kehidupan Rasulullah
s.a.w., semuanya adalah baik. Semuanya
merupakan contoh untuk diri kita. Sebab
itu beruntunglah orang-orang yang cinta
pada Rasul. Tapi tidak cukup setakat
CINTA, mari kita hidupkan SUNNAH Rasul
dalam kehidupan kita.
Marilah kita mengambil ISLAM sebagai
deen kita, sebagai cara hidup kita.
Marilah hidup dengan faham
tanggungjawab terhadap kita sebagai
MUSLIM.
Kita bukan setakat mahu 'mencintai' Rasul
ketika hari Sambutan Maulidur Rasul
sahaja, bahkan cinta kita kepada baginda
bertambah-tambah setiap hari dan
bertambah pula amalan dan kefahaman
kita dengan Islam.
Orang yang hanya ingat kepada Nabi pada
hari perayaan seperti ini sahaja, maka
bohonglah jika dia mengatakan dia cinta
pada Rasul. Hakikatnya, cinta tidak boleh
disemai dalam sehari sahaja, bahkan
subur pula cinta itu dalam sehari. Sangat
mustahil.
Tanda kita mencintai Rasul apabila kita
mengambil ISLAM dalam segenap
kehidupan kita. Apabila kita hidup
berpaksikan kepada mengambil apa yang
Allah suruh, dan tinggalkan apa yang Allah
larang, maka barulah layak untuk kita ini
digelar sebagai orang yang berusaha
mencintai Rasul s.a.w.
Mari muhasabah diri kita, pembaca
sekalian....
Bagaimanakah kita menghayati,
menghargai pengorbanan dan perjuangan
Rasul s.a.w. untuk ummatnya dalam
kehidupan kita?
Sudahkah kita memahami dengan
sebenarnya tuntutan dan tanggungjawab
kita sebagai seorang ISLAM?
Tepuk dada, tanya iman...
sempena bulan penuh cinta ; Rabiul
awwal untuk sama meraih cinta yang bersulam
iman. Kerna mencintai Baginda Insan Agung
merupakan sebahagian dari Iman. Pemilik Cinta
Tuahn Pentadbir 'alam terlebih dahulu berselawat
diikuti para malaikat yang taat tanpa bantah turut
bersalam bertatah indah. Cuma menanti kita
ummat terpilih , apakah belum sampai masa
untuk melantunkan mahabbah dan rindu pada
Baginda ?
Selasa, 22 Januari 2013
Mahabbah ya Rasulullah
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
الله سبحانه و تعالى
:: Allah ::
I love You And I need You..
You Are My First & Last Hope,
I want your Peace,
I want your Blessings ..
Forever And Ever With Me..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan