Ahli sejarah dan para ulama mengatakan bahawa
orang yang pertama mengadakan sambutan ini
adalah Raja MuzaffrAd-Din Abu Sai'd Kaukabri
(wafat 620H), seorang raja sunni di Irbil, Iraq di
zaman Sultan Salahuddin Al-Ayyubi [Rujuk
Wafayatul A'yan karya Ibnu Khalkan jilid 3 m/s
524 terbitan Darul Kutub Ilmiyah].
Al-hafiz Ibnu Kathir juga menyebut di dalam 'Al-
Bidayah wa An-Nihayah' ketika menceritakan
tentang kisah Raja Muzaffhar:
"Dan adalah beliau mengadakan sambutan Maulid
Nabi SAW pada bulan Rabi'ul Awwal dan
menyambutnya dengan sambutan besar-besaran,
dan beliau juga seorang yang pemurah, berani,
pembinasa(musuh), pahlawan, bijak, berilmu dan
adil, moga Allah merahmatinya dan memuliakan
tempatnya. Dan telah menulis Al-Hafiz Syaikh
Abul Khattab Ibnu Dihyah satu jilid dalam Maulid
Nabi SAW berjudul "At-Tanwir Fi Maulid Al-Basyir
An-Nazir" , maka beliau menghadiahkan Ibnu
Dihyah atas karyanya itu dengan seribu
dinar" [Rujuk Bidayah Wa An-Nihayah 13/136:
Maktabah Syamilah]
Pujian Imam Ibnu Kathir kepada Raja tersebut
jelas menunjukkan satu persetujuan dan
pengiktirafan kebolehan majlis sambutan maulid
yang diadakan raja tersebut. Jika beliau
mengatakan maulid itu haram, maka pastilah Ibnu
Kathir mencela dan mengkritik perbuatan raja
tersebut.
Menurut Imam Al-Suyuthi pula, Raja Muzaffhar
tercatat sebagai raja pertama yang memperingati
hari kelahiran Rasulullah SAW ini dengan
perayaan yang meriah luar biasa. Tidak kurang
dari 300 000 dinar beliau keluarkan dengan ikhlas
untuk bersedekah pada hari peringatan maulid
ini.[Rujuk Husnul Maqsid Fi Amalil Maulid
lissuyuti]
Walaupun sambutan maulid telah diamalkan
sebelumnya oleh Syiah Fatimiyyun ketika mereka
memerintah Mesir dari 362 h hingga 567 h,
namun ianya tidak dikira sebagai sambutan
maulid yang rasmi dan yang sebenarnya, kerana
mereka tidak menyambutnya secara rasmi
sepertimana kita menyambutnya dan kerana
mereka lebih mementingkan sambutan dan
perayaan Syiah.
Menurut ahli sejarah pula, adalah satu kesilapan
jika mengaitkan Syiah Fatimiyyun dengan
sambutan maulid Nabi SAW kerana sebenarnya
golongan Syiah hanya menyambutnya dengan
mengagihkan manisan dan sedeqah sahaja.
Sebaliknya Raja Muzaffhar menganjurkannya
secara rasmi yang dihadhiri para ulama dan
fuqaha dengan perayaan dan majlis ilmu dan zikir
besar-besaran. Justeru, perlu untuk kita bezakan
antara Maulid Syiah dengan Maulid Sunni yang
diamalkan kita. [Rujuk kitab Al-Hayah Al-
Ijtima'iyah Fi 'Asr Al-Fatimi karya pakar sejarah Dr.
Abdul Mun'im Sultan dan Tarikh Al-Ihtifal karya
Muhammad Khalid Thabit]
Ya, maulid Syiah jauh bezanya dengan maulid
Sunni. Mereka buat cara lain, dan kita buat cara
lain. Kita bukan tiru mereka. Jika amalan ini salah,
maka mengapa para ulama seperti Imam Ibnu
Hajar Al-Asqalani Dan Imam As-Suyuti, Imam As-
Sakhawi dan lain-lain membolehkan sambutan
tersebut? Mengapa ingin menolak pandangan
ulama muktabar tentang wujudnya Bid'ah
Hasanah?
Bagaimanapun, telah tertulis juga dalam sejarah
bahawa sambutan Raja Muzaffhar pada kurun
keenam ini telah didahului seorang ulama dan
ahlullah bernama Umar Al-Malla'(w 570H) di
zaman Sultan Nuruddin Mahmud Zinki pada kurun
kelima.
Guru Imam Nawawi, Al-Allamah Syihabuddin Abu
Syamah Al-Maqdisi (w 665 H) menyebut dalam
kitab sejarahnya [Ar-Roudhotain Fi Akhbar Ad-
Daulatain' jilid 1 m/s 189]:
"Syaikh Umar Al-Malla' seorang yang 'alim yang
hebat pelbagai bidang(wafat 570H)...dan adalah
para ulama dan fuqaha dan para raja serta
pemimpin menziarahinya di zawiyahnya dan
bertabarruk dengan semangatnya dan
mengharapkan dengan berkatnya.. dan pada
setiap tahun,beliau ada ajakan(beliau mengajak
dan menjemput) pada hari-hari maulid untuk
menyambut Maulid nabi SAW yang dihadhiri
pemimpin negeri dan ahli syair dan mengalunkan
nasyid pujian kepada Nabi SAW di dalam
sambutan tersebut.."
Wallahu ta'ala a'la wa a'lam..
Selasa, 22 Januari 2013
||SEJARAH SAMBUTAN MAULID NABI SAW BAGI YANG KELIRU||
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
الله سبحانه و تعالى
:: Allah ::
I love You And I need You..
You Are My First & Last Hope,
I want your Peace,
I want your Blessings ..
Forever And Ever With Me..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan