Rahsia Sujud Di Dalam Solat (Ayuh Sebarkan!!!)
Tahukah kita solat 5 KALI sehari iaitu 17 RAKAAT
telah berlaku 34 kali SUJUD. Di dalamnya terdapat
1001 hikmah yang terkandung. Antaranya:-
Seorang ahli Sains saraf otak Amerika, Dr. Fidelma
O’leary mendakwa bahawa beberapa saraf di otak
manusia tidak boleh dialiri oleh darah dari
jantung kerana posisi jantung yang berada di
dada tidak cukup kuat untuk menampung
pembawaannya ke otak manusia. Padahal otak
amat memerlukan oksigen dan bekalan darah yang
mencukupi supaya dapat berfungsi secara normal.
Beliau mengkaji dari tempoh masa yang lama
untuk mencari jawapan. Dikaji dengan lebih serius
akhirnya dia perolehi jawapan bahawa darah akan
mengalir setiap inci ke otak manusia secara
sempurna ketika seseorang itu melakukan sujud
seperti yang dilakukan oleh orang-orang Islam
dalam solat. Bila perkara ini berlaku,maka otak
dapat bekalan darah dan oksigen yang mencukupi
lalu dapatlah menghindarkan pelbagai jenis
penyakit seperti stress, migraine, stroke ,
menyegarkan otak serta menajamkan akal fikiran
sekali gus menguatkan mentaliti kita (terutama
ketika sujud waktu solat Subuh). Juga boleh
membaiki posisi anak dalam kandungan rahim…
dll.
Paling HEBAT lagi maka dia memeluk Islam…hebat
tak kuasa SUJUD?
Sebenarnya:-
1. SUJUD PERTAMA tanda TAAT (PERINTAH ALLAH)
2. SUJUD KEDUA tanda SYUKUR (HAMBA KEPADA
ALLAH)
Dalam khutbah Ramadhan Nabi s.a.w bersabda:,
Punggung-punggung kalian sudah berat
menanggung dosa-dosa kalian. Ringankan lah
beban kalian dengan memperbanyakkan sujud.
“Hendaklah kamu bersujud kepada Allah kerana
sungguh tiada sekali engkau bersujud melainkan
dengannya Allah mengangkat satu darjat dan
menghapuskan satu dosa (kesalahan) darimu” ,(HR
Muslim)
Firman Allah SWT yang bermaksud:-
” Sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari
perbuatan keji dan mungkar” (Surah Al-Ankabut
ayat:45)
Dari Sudut Tasawuf
Sujud adalah waktu di mana seorang hamba itu
paling hampir dengan Penciptanya. Pergerakan
sujud itu secara lahirnya telah menunjukkan “rasa
menghina dirinya” seseorang hamba itu di depan
Tuhannya di dalam keadaan menyerah diri,
pasrah, berikrar dan mengaku bahawa“Ya Allah
hanya Engkaulah Tuhan yang layak disembah,
ditakuti, dicintai dan hanya pada-Mu sahajalah
tempat berserah dan memohon pertolongan”.
Seorang sahabat Nabi SAW iaitu Huzaifah r.a
berkata bahawa Rasulullah SAW telah
bersabda:-“Tiadalah keadaan seorang hamba yang
paling disukai oleh Allah daripada Dia melihat
hamba-Nya itu di dalam keadaan bersujud,
dengan meletakkan mukanya di tanah
( sebagai tamsilan tunduk, pasrah dan rasa hina
seorang hamba kepada Allah)”. (Hadis Riwayat
Imam Tabrani).
Firman Allah SWT yang bermaksud:- ”
Sesungguhnya orang-orang yang beriman dengan
ayat Kami ialah orang yang apabila diperingatkan
dengan ayat-ayat Kami mereka menyungkur sujud
dan bertasbih serta memuji Tuhan dan mereka
tidak menyombongkan diri” (Surah As-Sajadah ayat
15).
Sujud bererti seseorang itu telah meletakkan
wajahnya ditempat yang paling rendah di atas
tanah ini bermakna ia telah meletakkan seluruh
dirinya di atas tanah, mengingatkan dirinya
terhadap punca asal kejadian manusia itu dari
tanah dan mengembalikan dirinya kepada tanah.
Apabila ia telah sanggup menghantar dahinya dan
juga dirinya ke tempat yang hina maka tidak
mungkin ia akan bersikap sombong lagi terhadap
Allah yang menciptakan dirinya dari tanah itu.
Maka setiap kali sujud sewajarnya seseorang itu
sentiasa ia mengingati akan mati, apabila ia ingat
akan mati maka terasa seolah-olah bahawa
solatnya itu sebagai solat penghabisan kerana ia
akan menghantarkan dirinya ke tanah. Ia
merasakan bahawa setiap kali ia sujud seolah-olah
ia tidak akan bangun lagi. Sedangkan kematian itu
merupakan pintu bagi seseorang memasuki
gerbang akhirat.
Dalam keadaan demikian maka hati akan merasa
gerun dan merasai kebesaran Allah dan ketika
itulah ia membaharui lagi di dalam hatinya untuk
mensucikan Zat Allah Yang Maha Tinggi disamping
lidah tidak bertulang mengucapkan, “Subhana
Rabbial- A’la wa-Bihamdih”.
P/S: Islam itu kan indah.. solat itu sempurnakan
dan berikan kebaikan kepada Hambanya zahir dan
batin. Bila kita sempurnakan hak Allah (solat) ,
Dia akan menyempurnakan hak kita sebagai
hamba (hikmah dan kebaikan ) Konsep GIVE AND
TAKE…
Jumaat, 26 Julai 2013
Rahsia Sujud
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
الله سبحانه و تعالى
:: Allah ::
I love You And I need You..
You Are My First & Last Hope,
I want your Peace,
I want your Blessings ..
Forever And Ever With Me..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan