Jumaat, 3 Ogos 2012

مسابقة في شهر رمضان ١٤٣٣ه (kuiz Ramadhan )

Ke Arah  Ramadhan Yang Lebih Bermakna 


Sebelum  kita pergi ke musabaqah kuiz Ramdhan ,mari mendengar beberapa nasihat atau perkara penting untuk meningkatkan amalan serta ibadah kita,supaya sama-sama kita mendapat manfaat dan keberkatan dari Allah S.W.T pada bulan yang mulia ini,amiin..

Ayuh kita mulakan dengan membaca ummul kitab alfatihah....


Ramadhan ialah bulan yang penuh keberkatan.  Di awalnya rahmah, di tengah-tengahnya 
maghfirah dan dihujungnya kebebasan dari api neraka.  

marilah kita tetapkan niat kita untuk menimba sebanyak mungkin 
keberkatan di bulan Ramadhan.  

Di antara sunat  puasa  yang sering dipandang ringan oleh ramai umat Islam kini ialah   
bersahur. Bersabda Nabi (saw): 
“ Makan sahurlah, kerana makan sahur itu berkat.” 
   (hadis Riwayat Bukhari dan Muslim) 
Dalam hadis lain, Nabi (saw) bersabda: 
“ Bersahur itu berkat maka janganlah kamu tinggalkan, walau seorang di antaramu 
hanya meneguk air. Kerana Allah dan para Malaikat-Nya akan mengucapkan selawat 
kepada orang-orang yang bersahur”. 
   (hadis Riwayat Ahmad) 
Dan adalah disunatkan kita melewatkan sahur tersebut, seperti dinyatakan oleh ‘Amar bin  
Maimun mengenai para sahabat Nabi (saw): 
“Para sahabat Nabi Muhammad (saw) itu adalah orang-orang yang paling bersegera 
berbukanya dan paling lambat bersahurnya” 
  (Riwayat  Baihaqi) 

Oleh itu, kita tidak boleh memandang sahur hanya sekadar untuk makan menambah 
tenaga bagi menguatkan badan; mungkin tidak diperlukan jika seseorang merasakan 
dirinya telah kuat.  Tetapi sahur adalah lebih dari itu; ia adalah satu sunnah Nabi, 
melakukannya memberi kita peluang mendapat selawat dari Allah dan para malaikat, 
peluang untuk berdo’a di saat yang mustajab, dapat solat subuh di awal waktu dan dapat 
pula bersolat sunat yang begitu besar ganjarannya. 
Semoga Allah mempermudahkan kita untuk istiqamah di atas  sunnah Nabi-nya.

Apa yang perlu kita risaukan ialah bagaimana kualiti tarawih ; tidak kira samada 
ianya 20 atau 8 rakaat,  di masjid jauh atau di surau dekat, kita kerjakan berseorangan 
atau berjamaah.   
Pokoknya, solat tarawih yang mempunyai kualiti “imaanan wah tisaaban” bukan dibuat 
sekadar  melepaskan batuk di tangga tetapi dengan perancangan yang sedar dan 
pemilihan yang teliti.  Semoga Allah mengampunkan dosa-dosa kita dan memasukkan 
kita di kalangan orang yang diredhai-Nya..




Nuzul Al-Quran

Peristiwa nuzul al-Quran menjadi satu rakaman sejarah dalam kehidupan Nabi SAW hingga  seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada kita hari ini. Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhamad SAW. Perkataan ‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.

Hubungan Lailatul Qadar dan Nuzul al-Quran
Lailatul Qadar pula ialah suatu malam pada bulan Ramadhan yang begitu istimewa sekali fadilatnya. Malam al-Qadar adalah suatu malam yang biasanya berlaku pada 10 akhir Ramadhan dan amalan pada malam itu lebih baik baik dari 1000 bulan.
Apakah kaitannya malam al-Qadar dengan nuzul al-Quran? Sebenarnya al-Quran dan malam Lailatulqadar mempunyai hubungan yang rapat antara satu sama lain sebagaimana yang diterangkan di dalam kitab Allah dan hadis Rasulullah SAW di antaranya firman Allah  SWT
Maksudnya: Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar, Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu? Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut); Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar! (al-Qadar:1-5)

hikmah dari anugerah malam al-qadar kepada umat Nabi Muhammad SAW sebagai umat akhir zaman. Mengetahui kelemahan umat Islam akhir zaman ini dalam beribadah maka dianugerahkan satu peluang di mana ibadah yang dilaksanakan pada malam itu digandakan sehingga 1000 bulan. Bermakna kiranya kita dapat melaksanakan ibadah dengan penuh keimanan di 10 akhir Ramadhan, kita akan berpeluang mendapat malam al-Qadar. Ini akan menjadikan kita seolah-olah beramal ibadah selama 1000 bulan iaitu sekitar 83 tahun. Menjadikan kita seolah-olahnya menghabiskan seluruh hidup kita dan usia kita dalam ibadah.
Bagi mencari malam-malam yang berkemungkinan sebagai malam al-qadar, maka kalangan ulama ada menyatakan bahawa, malam-malam yang ganjil yang tersebut ialah malam 21, 23, 25, 27 & 29 dari bulan Ramadhan. Dalam pada itu terdapat juga beberapa hadis yang menyatakan bahawa malam al-qadar itu pernah ditemui dalam zaman Rasulullah SAW pada malam 21 Ramadhan. Pernah juga ditemui pada malam 23 Ramadhan. Terdapat juga hadis yang mengatakan bahawa baginda Rasulullah SAW. menjawab pertanyaan seorang sahabat yang bertanya mengenai masa Lailatulqadar supaya ianya bersedia dan menghayatinya. Baginda menjelaskan malam Lailatulqadar itu adalah malam 27 Ramadhan. Dari keterangan-keterangan di atas dapatlah kita membuat kesimpulan bahawa malam Lailatulqadar itu berpindah dari satu tahun ke satu tahun yang lain di dalam lingkungan 10 malam yang akhir dari bulan Ramadhan. Yang pastinya bahawa masa berlakunya malam Lailatulqadar itu tetap dirahsiakan oleh Allah SWT supaya setiap

Apa kata kita mengisi sedikit masa kita untuk main kuiz sempena bulan Ramadhan al-Mubarak yang mulia ini...ayuh!


Kuiz ini mengandungi 30 soalan, dengan pelbagai bidang ilmu termasuk fiqh dan sejarah, yang mana semuanya berkaitan dengan puasa dan Ramadhan. Jika sudah mengetahui jawapan bagi soalan-soalan tersebut, maka anggaplah itu hanya untuk mengulangkaji ilmu yang ada, tetapi jika belum tahu, maka diharapkan sumbangan kecil ini dapat memberikan ilmu dan maklumat baru kepada para pengunjung blog ini.
Mari lihat beberapa ‘screenshot’ untuk Kuiz Ramadhan 1433H




Ini pula skrin bagi taklimat Kuiz tersebut :
Skrin Taklimat




Untuk bermain kuiz ini, sila pilih dengan klik pada nombor-nombor soalan yang ada .
Ini contoh interface bagi soalan kuiz ini. Jika dilihat, daun hijau itu jatuh, menandakan masa semakin hampir tamat. Anda diberi 30 saat untuk menjawab, dan setiap daun yang jatuh/luruh itu menandakan telah berlalu 3 saat.
Contoh soalan kuiz
Jika ingin memuat turun, sila ke link ini: http://www.4shared.com/office/Y6eTrrN7/musabaqah_ramadhan_1433__2_.html?


Selamat berhibur dengan ilmu. Selamat menyambut Ramadhan al-Mubarak dengan penuh mujahadah dan ketaqwaan, serta penuh pengharapan agar amalan-amalan yang dilakukan itu diterima Yang Maha Mengasihani.


Kuiz ini diadaptasi dari idea seorang penulis blogger Qafmimra..
Wallahu a’lam…








Tiada ulasan:

Catat Ulasan

الله سبحانه و تعالى

:: Allah ::


I love You And I need You..
You Are My First & Last Hope,

I want your Peace,
I want your Blessings ..

Forever And Ever With Me..