Khamis, 16 Ogos 2012

Panduan Soalat Sunat Istikharah


Apabila seseorang itu berada di dalam keadaan dilema terhadap sesuatu perkara yang ingin dilakukkan atau dihajati sama ada ianya membawa kebaikan mahupun keburukan terhadap dirinya, bersesuaian atau bertentangan dengan dirinya, maka hendaklah dia memohon petunjuk daripada Allah Subhanahu wa Ta’ala melalui solat Istikharah sebanyak dua rakaat..


v  DALIL DISYARI’ATKAN SOLAT ISTIKHARAH

Solat Istikharah ini telah diperjelaskan melalui hadis daripada Jabir bin ‘Abdillah radhiallahu’ anh, dia berkata: Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam pernah mengajarkan Istikharah kepada kami dalam segala urusan, sebagaimana baginda mengajar kami surah dari al-Qur’an.. Baginda bersabda:

إِذَا هَمَّ أَحَدُكُمْ بِالأَمْرِ فَلْيَرْكَعْ رَكْعَتَيْنِ مِنْ غَيْرِ الْفَرِيضَةِ ثُمَّ لِيَقُلْ:

Maksudnya:
Jika salah seorang di antara kalian berkeinginan keras melakukan sesuatu, hendaklah dia mengerjakan solat dua rakaat yang bukan solat fardu kemudian membaca doa:

اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْتَخِيرُكَ بِعِلْمِكَ وَأَسْتَقْدِرُكَ بِقُدْرَتِكَ وَأَسْأَلُكَ مِنْ فَضْلِكَ الْعَظِيمِ

فَإِنَّكَ تَقْدِرُ وَلاَ أَقْدِرُ وَتَعْلَمُ وَلاَ أَعْلَمُ وَأَنْتَ عَلاَّمُ الْغُيُوبِ

اللَّهُمَّ إِنْ كُنْتَ تَعْلَمُ أَنَّ هَذَا الأَمْرَ خَيْرٌ لِي فِي دِينِي وَمَعَاشِي وَعَاقِبَةِ أَمْرِي

أَوْ قَالَ: عَاجِلِ أَمْرِي وَآجِلِهِ

فَاقْدُرْهُ لِي وَيَسِّرْهُ لِي ثُمَّ بَارِكْ لِي فِيهِ

وَإِنْ كُنْتَ تَعْلَمُ أَنَّ هَذَا الأَمْرَ شَرٌّ لِي فِي دِينِي وَمَعَاشِي وَعَاقِبَةِ أَمْرِي

أَوْ قَالَ: فِي عَاجِلِ أَمْرِي وَآجِلِهِ

فَاصْرِفْهُ عَنِّي وَاصْرِفْنِي عَنْهُ وَاقْدُرْ لِي الْخَيْرَ حَيْثُ كَانَ ثُمَّ أَرْضِنِي.



Maksudnya:
Ya Allah, sesungguhnya aku memohon petunjuk kepada-Mu dengan ilmu-Mu, memohon ketetapan dengan kekuasaan-Mu, dan aku memohon kurniaan-Mu yang sangat agung kerana sesungguhnya Engkau berkuasa sedang aku tidak berkuasa sama sekali, Engkau mengetahui sedangkan aku tidak, dan Engkau yang mengetahui hal yang ghaib. Ya Allah, jika Engkau mengetahui bahawa urusan ini (lalu menyebutkan secara langsung urusan yang dimaksudkan) lebih baik bagi diriku dalam agama, kehidupan dan akhir urusanku - atau mengucapkan: baik dalam waktu yang dekat mahupun yang akan datang - maka tetapkanlah ia bagiku dan mudahkanlah ia untukku. Kemudian, berikan berkah kepadaku dalam menjalankannya. Jika Engkau mengetahui bahawa urusan ini buruk bagiku dalam agama, kehidupan dan akhir urusanku - atau mengucapkan: baik dalam waktu yang dekat mahupun yang akan datang - maka jauhkanlah urusan itu dariku dan jauhkanlah aku darinya, serta tetapkanlah yang baik itu bagiku di mana pun kebaikan itu berada. Kemudian, jadikanlah aku orang yang redha dengan ketetapan tersebut.

قَالَ: وَيُسَمِّي حَاجَتَهُ.

Maksudnya:
Baginda bersabda: Hendaklah dia menyebutkan apa yang dihajatkannya. – Hadis riwayat Imam al-Bukhari dalam Shahihnya, Kitab al-Jumu’ah, no: 1162.


v  BEBERAPA PERKARA BERKAITAN SOLAT ISTIKHARAH

q  Solat Istikharah dilaksnakan sebagaimana solat dua rakaat yang biasa. Tidak ada ketetapan tertentu daripada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam tentang surah apa yang perlu dibacakan ketika solat Istikharah, Oleh itu dibenarkan membaca apa jua surah dari al-Qur’an yang mudah bagi seseorang itu setelah selesai membaca surah al-Fatihah.

q  Solat Istikharah boleh dilaksanakan apabila berhadapan dengan segala urusan yang mubah (harus) baik ianya isu yang besar mahupun kecil, perkara yang penting ataupun tidak. Seharusnya kita fahami bahawa permasalahan yang menjadi dilema itu bukanlah termasuk dalam perkara yang telah ditetapkan hukum-hukumnya dalam Islam. Bagi urusan yang wajib atau sunat yang telah jelas arahan untuk melakukannya ataupun urusan yang haram atau makruh yang telah jelas larangannya, ianya tidak lagi boleh dilakukan istikharah ke atasnya. Hanya perkara-perkara yang mubah sahaja dibenarkan untuk dilakukan istikharah.

q  Hendaklah bagi seseorang yang mengerjakan solat Istikharah itu melapangkan dadanya dari apa jua kehendak peribadi yang berlandaskan hawa nafsu. Seharusnya dia menyerahkan perkara tersebut bulat-bulat kepada ilmu Allah Subhanahu wa Ta’ala. Harus juga kita sedari bahawa adakala apa yang dipilih oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala untuk kita itu tidak selari dengan keinginan hawa nafsu atau pada tanggapan kita ianya adalah sesuatu yang tidak bersesuaian bagi diri kita. Namun demikian sewajarnya bagi kita untuk pasrah menerima keputusan Allah Subhanahu wa Ta’ala tersebut. Firman-Nya:

وَعَسَىٰ أَنْ تَكْرَهُوا شَيْئًا وَهُوَ خَيْرٌ لَكُمْ وَعَسَىٰ أَنْ تُحِبُّوا شَيْئًا وَهُوَ شَرٌّ لَكُمْ

وَاللَّهُ يَعْلَمُ وَأَنْتُمْ لَا تَعْلَمُونَ

Maksudnya:
…dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya. – al-Baqarah (2) : 216

q  Solat Istikharah ini boleh juga dikerjakan secara khusus atau semasa mengerjakan solat-solat sunat seperti solat Rawatib, Tahiyyatul Masjid dan lain-lain. Sebagai contohnya setelah mengerjakan solat Tahiyyatul Masjid langsung kita membaca doa Istikharah tersebut. Hal ini adalah dibenarkan. Menurut al-‘Iraqi rahimahullah:

Jika keinginan melakukan sesuatu muncul sebelum mengerjakan solat sunat Rawatib atau yang semisalnya, lalu dia mengerjakan solat tanpa niat Istikharah, namun setelah solat timbul keinginan untuk memanjatkan doa Istikharah, maka secara zahir hal tersebut sudah mencukupi. – Rujuk al-Adzkaar, jilid 3, ms. 354. Penulis nukil dari kitab Bughyat al-Mutatowwi Fi Solah al-Tatowwu' karya Syeikh Muhammad bin ‘Umar Salim Bazmul, ms. 137.

q  Doa istikharah itu dibaca setelah memberi salam berdasarkan zahir lafaz hadis tersebut. Doa tersebut boleh diulang-ulang.

q  Bukan termasuk dalam syarat Istikharah bahawa seseorang itu mesti bermimpi tentang pilihan atau tindakan yang perlu diambil setelah mengerjakan solat tersebut. Namun seseorang itu akan merasa tenang atau dipermudahkan untuknya ketika memutuskan sesuatu keputusan sesuai dengan apa yang Allah Subhanahu wa Ta’ala telah pilih untuknya.


v  RINGKASAN TATACARA MENGERJAKAN SOLAT ISTIKHARAH

Rakaat Pertama
1)      Berniat di dalam hati untuk mengerjakan solat sunat Istikharah
2)      Takbiratul Ihram
3)      Doa Iftitah
4)      Membaca surah al-Fatihah
5)      Membaca Surah al-Qur’an
6)      Rukuk
7)      Iktidal
8)      Sujud
9)      Duduk antara dua sujud
10)    Sujud kali kedua
11)    Bangun untuk rakaat kedua

Rakaat Kedua
1)      Ulang seperti rakaat pada pertama dari nombor (4) hingga (10)
2)      Duduk untuk tahiyyat akhir
3)      Memberi salam ke kanan dan ke kiri
4)      Membaca doa Istikharah

Jumaat, 3 Ogos 2012

مسابقة في شهر رمضان ١٤٣٣ه (kuiz Ramadhan )

Ke Arah  Ramadhan Yang Lebih Bermakna 


Sebelum  kita pergi ke musabaqah kuiz Ramdhan ,mari mendengar beberapa nasihat atau perkara penting untuk meningkatkan amalan serta ibadah kita,supaya sama-sama kita mendapat manfaat dan keberkatan dari Allah S.W.T pada bulan yang mulia ini,amiin..

Ayuh kita mulakan dengan membaca ummul kitab alfatihah....


Ramadhan ialah bulan yang penuh keberkatan.  Di awalnya rahmah, di tengah-tengahnya 
maghfirah dan dihujungnya kebebasan dari api neraka.  

marilah kita tetapkan niat kita untuk menimba sebanyak mungkin 
keberkatan di bulan Ramadhan.  

Di antara sunat  puasa  yang sering dipandang ringan oleh ramai umat Islam kini ialah   
bersahur. Bersabda Nabi (saw): 
“ Makan sahurlah, kerana makan sahur itu berkat.” 
   (hadis Riwayat Bukhari dan Muslim) 
Dalam hadis lain, Nabi (saw) bersabda: 
“ Bersahur itu berkat maka janganlah kamu tinggalkan, walau seorang di antaramu 
hanya meneguk air. Kerana Allah dan para Malaikat-Nya akan mengucapkan selawat 
kepada orang-orang yang bersahur”. 
   (hadis Riwayat Ahmad) 
Dan adalah disunatkan kita melewatkan sahur tersebut, seperti dinyatakan oleh ‘Amar bin  
Maimun mengenai para sahabat Nabi (saw): 
“Para sahabat Nabi Muhammad (saw) itu adalah orang-orang yang paling bersegera 
berbukanya dan paling lambat bersahurnya” 
  (Riwayat  Baihaqi) 

Oleh itu, kita tidak boleh memandang sahur hanya sekadar untuk makan menambah 
tenaga bagi menguatkan badan; mungkin tidak diperlukan jika seseorang merasakan 
dirinya telah kuat.  Tetapi sahur adalah lebih dari itu; ia adalah satu sunnah Nabi, 
melakukannya memberi kita peluang mendapat selawat dari Allah dan para malaikat, 
peluang untuk berdo’a di saat yang mustajab, dapat solat subuh di awal waktu dan dapat 
pula bersolat sunat yang begitu besar ganjarannya. 
Semoga Allah mempermudahkan kita untuk istiqamah di atas  sunnah Nabi-nya.

Apa yang perlu kita risaukan ialah bagaimana kualiti tarawih ; tidak kira samada 
ianya 20 atau 8 rakaat,  di masjid jauh atau di surau dekat, kita kerjakan berseorangan 
atau berjamaah.   
Pokoknya, solat tarawih yang mempunyai kualiti “imaanan wah tisaaban” bukan dibuat 
sekadar  melepaskan batuk di tangga tetapi dengan perancangan yang sedar dan 
pemilihan yang teliti.  Semoga Allah mengampunkan dosa-dosa kita dan memasukkan 
kita di kalangan orang yang diredhai-Nya..




Nuzul Al-Quran

Peristiwa nuzul al-Quran menjadi satu rakaman sejarah dalam kehidupan Nabi SAW hingga  seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada kita hari ini. Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhamad SAW. Perkataan ‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.

Hubungan Lailatul Qadar dan Nuzul al-Quran
Lailatul Qadar pula ialah suatu malam pada bulan Ramadhan yang begitu istimewa sekali fadilatnya. Malam al-Qadar adalah suatu malam yang biasanya berlaku pada 10 akhir Ramadhan dan amalan pada malam itu lebih baik baik dari 1000 bulan.
Apakah kaitannya malam al-Qadar dengan nuzul al-Quran? Sebenarnya al-Quran dan malam Lailatulqadar mempunyai hubungan yang rapat antara satu sama lain sebagaimana yang diterangkan di dalam kitab Allah dan hadis Rasulullah SAW di antaranya firman Allah  SWT
Maksudnya: Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar, Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu? Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut); Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar! (al-Qadar:1-5)

hikmah dari anugerah malam al-qadar kepada umat Nabi Muhammad SAW sebagai umat akhir zaman. Mengetahui kelemahan umat Islam akhir zaman ini dalam beribadah maka dianugerahkan satu peluang di mana ibadah yang dilaksanakan pada malam itu digandakan sehingga 1000 bulan. Bermakna kiranya kita dapat melaksanakan ibadah dengan penuh keimanan di 10 akhir Ramadhan, kita akan berpeluang mendapat malam al-Qadar. Ini akan menjadikan kita seolah-olah beramal ibadah selama 1000 bulan iaitu sekitar 83 tahun. Menjadikan kita seolah-olahnya menghabiskan seluruh hidup kita dan usia kita dalam ibadah.
Bagi mencari malam-malam yang berkemungkinan sebagai malam al-qadar, maka kalangan ulama ada menyatakan bahawa, malam-malam yang ganjil yang tersebut ialah malam 21, 23, 25, 27 & 29 dari bulan Ramadhan. Dalam pada itu terdapat juga beberapa hadis yang menyatakan bahawa malam al-qadar itu pernah ditemui dalam zaman Rasulullah SAW pada malam 21 Ramadhan. Pernah juga ditemui pada malam 23 Ramadhan. Terdapat juga hadis yang mengatakan bahawa baginda Rasulullah SAW. menjawab pertanyaan seorang sahabat yang bertanya mengenai masa Lailatulqadar supaya ianya bersedia dan menghayatinya. Baginda menjelaskan malam Lailatulqadar itu adalah malam 27 Ramadhan. Dari keterangan-keterangan di atas dapatlah kita membuat kesimpulan bahawa malam Lailatulqadar itu berpindah dari satu tahun ke satu tahun yang lain di dalam lingkungan 10 malam yang akhir dari bulan Ramadhan. Yang pastinya bahawa masa berlakunya malam Lailatulqadar itu tetap dirahsiakan oleh Allah SWT supaya setiap

Apa kata kita mengisi sedikit masa kita untuk main kuiz sempena bulan Ramadhan al-Mubarak yang mulia ini...ayuh!


Kuiz ini mengandungi 30 soalan, dengan pelbagai bidang ilmu termasuk fiqh dan sejarah, yang mana semuanya berkaitan dengan puasa dan Ramadhan. Jika sudah mengetahui jawapan bagi soalan-soalan tersebut, maka anggaplah itu hanya untuk mengulangkaji ilmu yang ada, tetapi jika belum tahu, maka diharapkan sumbangan kecil ini dapat memberikan ilmu dan maklumat baru kepada para pengunjung blog ini.
Mari lihat beberapa ‘screenshot’ untuk Kuiz Ramadhan 1433H




Ini pula skrin bagi taklimat Kuiz tersebut :
Skrin Taklimat




Untuk bermain kuiz ini, sila pilih dengan klik pada nombor-nombor soalan yang ada .
Ini contoh interface bagi soalan kuiz ini. Jika dilihat, daun hijau itu jatuh, menandakan masa semakin hampir tamat. Anda diberi 30 saat untuk menjawab, dan setiap daun yang jatuh/luruh itu menandakan telah berlalu 3 saat.
Contoh soalan kuiz
Jika ingin memuat turun, sila ke link ini: http://www.4shared.com/office/Y6eTrrN7/musabaqah_ramadhan_1433__2_.html?


Selamat berhibur dengan ilmu. Selamat menyambut Ramadhan al-Mubarak dengan penuh mujahadah dan ketaqwaan, serta penuh pengharapan agar amalan-amalan yang dilakukan itu diterima Yang Maha Mengasihani.


Kuiz ini diadaptasi dari idea seorang penulis blogger Qafmimra..
Wallahu a’lam…








Khamis, 2 Ogos 2012

Nasyid Huruf Hijaiyyah


Ini ada nasyid huruf-huruf Arab yang dinyanyikan oleh sebuah kumpulan, – tak tahu siapa – . Nasyid ini digunakan oleh ibu bapa di tanah Arab untuk mengajar anak-anak mereka huruf-huruf bahasa Arab dari Alif hingga Ya ‘ dalam bentuk lagu atau ‘seloka’ .. nak kata sya’ir tak mungkin, sebab wazan dan qafiyah dia rasanya tak sekata.:-)
Nyanyian juga berkesan bagi memudahkan proses mengingat. Jika tak percaya, cuba anda nyanyikan buku-buku anda yang dibaca.. ::-)

ألف أرنب يجري يلعب يأكل جزرا كي لا يتعب

Alifun – arnab yajri yal’ab ya’kulu jazran kay la yat’ab
Alif – seekor arnab berlari, bermain, lalu makan lobak merah agar tidak keletihan

باء بطة نطت نطة وقعت ضحكت منها القطة

Ba-un – battoh nattot nattoh waqa’at dhohikat minhal qittoh
Ba’ – seekor itik melompat-lompat dan jatuh, lalu si kucing mentertawakannya

تاء تاج فوق الراس فيه الذهب وفيه الماس

Ta-un – taj fauqar ra’si fihiz zahabu wa fihil mas
Ta’ – mahkota di atas kepala, terdapat padanya emas dan permata

ثاء ثعلب صاد دجاجة هو ماكر وقت الحاجة

Tha-un – tha’lab soda dajajah huwa maker waqtal hajah
Tha’ – musang menangkap ayam, ia licik ketika punya hajat

جيم جمل في الصحراء مثل سفينة فوق الماء

Jimun – jamalun fis sohra’ mithlu safinah fauqal ma’
Jim – seekor unta di padang pasir, seperti kapal di atas air

حاء حج أسمى رغبة فيه طواف حول الكعبة

Ha’un – hajj asma raghbah fihi towafun haulal ka’bah
Ha’ – Haji, semulia-mulia keinginan, padanya ada tawaf di keliling Ka’abah

خاء خبز عند البائع لا يأكله إلا الجائع

Kha-un – khubzun ‘indal ba-i’ la ya’kuluhu illal ja-i’
Kha’ – sekeping roti pada penjual, tidaklah memakannya kecuali orang yang lapar

دال ديك حسن الصوت قام يؤذن فوق البيت

Dalun – diik, hasanus souti qaama yu-azzin fauqal bayti
Dal – seekor ayam jantan, suaranya merdu, ia berkokok di atas rumah

ذال ذئب وحش صلب لا يرهبه إلا الكلب

Dzalun – dzi’bun wahsyun solbun la yurhibuhu illal kalbu
Dzal – seekor serigala yang liar, garang, tiada apa mencabarnya kecuali si anjing

راء رجل عرف الدين فهو صدوق وهو أمين

Ra-un – a rajulun ‘arafad din fahuwa soduqun wahuwa amiin
Ra’ – seorang lelaki yang tahu agama, maka dia bercakap benar dan dia seorang yang amanah

زاي زهرة أصفر أحمر هي بعيني أحلى منظر

Zayun – zahrah asfaru ahmar hiya bi’aini ahla manzor
Zay – sekuntum bunga kuning dan merah , ia pada pandanganku adalah seindah-indahnya

سين ساعة تحفظ وقتي في مدرستي أو في بيتي

Siinun – sa’ah tahfazu waqti fi madrasati au fi baiti
Sin – jam yang menjaga waktuku, di sekolahku, dan di rumahku

شين شمس صنع قدير فيها الدف وفيها النور

Syinun – syamsun sun’un qadirun fihad dif-u wa fihan nuru
Syin – matahari , kejadian yang hebat, padanya kehangatan dan padanya juga cahaya

صاد صائد ألقى الشبكة بعد قليل صاد سمكة

Sodun – so-id alqasy syabakah ba’da qalilin soda samakah
Sod – seorang nelayan melontar jalanya, tak lama selepas itu dia dapat menangkap seekor ikan

ضاء ضابط يحمي وطني يحفظ أمني يرعى سكني

Dhodun – dhobit yahmi watoni yahfazu amni yar’aa sakani
Dhod – pegawai polis menjaga negeriku, memelihara keamananku, menjaga rumahku

طاء طفل أجمل طفل فهو نظيف حسن الشكل

To-un – tiflun ajmalu tiflin fahuwa nazhifun hasanusy syakli
To’ – bayi yang paling comel, suci dan cantik rupanya

ظاء ظفر نظفناه طال قليلا فقصصناه

Zho-un – zhufrun nazzhofnahu tola qalilan faqasasnahu
Zho’ – kuku yang kami telah bersihkan, telah panjang sedikit maka kami potongnya

عين عين تخش الله تشهد خيرا فيه رضاه

‘Ainun – ‘ainun takhsyAllaha tasyhadu khairan fihi ridhohu
‘Ain – mata yang takutkan Allah, melihat perkara yang baik , diredhai Allah

غين غار غار حراء فيه أنزل القرآن

Ghaynun – ghaar ghaaru hiraa’fihi unzilal qur’aan
Ghayn – gua, gua hira’ yang mana di situlah turunnya Al-Qur’an

فاء فيل ذو أنياب وهو صديق يا أصحاب

Fa-un – fiilun zu anyab wahuwa sodiqun ya as-haab
Fa’ – seeorang gajah yang ada belalai, dan dia adalah kawan, wahai kawan-kawan

قاف قمر فيه منال ومواقيت تهدى السائح

Qafun – qamarun fihi manaalun wa mawaqitu tahdis sa-il
Qaf – bulan padanya harapan dan takat waktu untuk si pengembara

كاف كلب عاش جواري يحرس غنمي يحرس داري

Kafun – kalbun ‘aasya jiwari yahrusu ghanami yahrusu daari
Kaf – seekor anjing tinggal berdekatanku, menjaga kambing-kambingku , mengawasi rumahku

لام لحم ينمو جسمي يكسو عظمي فيه أسماه

Laamun- lahmun yanmu jismi yaksu ‘azhmi fihi asmah
Laam – daging, badanku membesar, ia membaluti tulangku di atasnya

ميم مسجد بيت الله فيه أؤدي كل صلاة

Miimun – masjidun baytullah fihi u-aadi kulla solaah
Mim – masjid , rumah Allah, dalamnya ku tunaikan semua solat

نون نهر نهر النيل فهو كريم غير بخيل

Nunun – nahrun nahrun nili fahuwa karimun ghairu bakhilin
Nun – sungai, sungai Nil, ia amat pemurah (kiasan pada air yg tak putus) , tidak bakhil

هاء هرم عالي القمة وبناؤه رمز للهمة

Ha-un – haramun , ‘alil qimmah , wa bina-uhu ramzun lilhimmah
Ha’ – pyramid, puncaknya tinggi, dan pembinaannya symbol kesungguhan

واو وجه للإنسان فيه إشراق بالإيمان

Wawun – wajhun lil insaan, fihi isyarqun bil imaan
Wau – wajah manusia, padanya cahaya keimanan

ياء يد ترسم زهرة تبدع شكلاً تظهر فكراً

Ya-un – yadun tarsumu zahrah tubdi’u syaklan tuzh-hiru fikran
Ya’ – tangan melukis bunga, cantik bentuknya, menyerlahkan ideanya
———————————————————————-
p/s : Semoga terhibur….. :-)

الله سبحانه و تعالى

:: Allah ::


I love You And I need You..
You Are My First & Last Hope,

I want your Peace,
I want your Blessings ..

Forever And Ever With Me..