Jumaat, 1 April 2011

dalil digalakkan mengingati mati dan persediaan untuk menghadapinya.


- عَنْ أَبِى هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- « أَكْثِرُوا ذِكْرَ هَاذِمِ اللَّذَّاتِ » أخرجه الترمذي (1)
68- وعن أنس رضي الله عنه أن رسول الله صلَّى اللهُ عليهِ وسلَّم َقال: « أكثروا ذكرَ هاذمِ اللذاتِ، فإنه ما ذكره أحد في ضيق من العيش إلا وسَّعهُ عليه، ولا في سعةٍ إلا ضيَّقهُ عليهِ » أخرجه البزار (2)
69- وعَنِ ابْنِ عُمَرَ أَنَّهُ قَالَ : كُنْتُ مَعَ رَسُولِ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- فَجَاءَهُ رَجُلٌ مِنَ الأَنْصَارِ فَسَلَّمَ عَلَى النَّبِىِّ -صلى الله عليه وسلم- ثُمَّ قَالَ : يَا رَسُولَ اللَّهِ أَىُّ الْمُؤْمِنِينَ أَفْضَلُ قَالَ : « أَحْسَنُهُمْ خُلُقًا ». قَالَ فَأَىُّ الْمُؤْمِنِينَ أَكْيَسُ قَالَ : « أَكْثَرُهُمْ لِلْمَوْتِ ذِكْرًا وَأَحْسَنُهُمْ لِمَا بَعْدَهُ اسْتِعْدَادًا أُولَئِكَ الأَكْيَاسُ ». أخرجه ابن ماجه (3)
70- وعَنْ شَدَّادِ بْنِ أَوْسٍ عَنِ النَّبِىِّ -صلى الله عليه وسلم- قَالَ « الْكَيِّسُ مَنْ دَانَ نَفْسَهُ وَعَمِلَ لِمَا بَعْدَ الْمَوْتِ وَالْعَاجِزُ مَنْ أَتْبَعَ نَفْسَهُ هَوَاهَا وَتَمَنَّى عَلَى اللَّهِ ». قَالَ هَذَا حَدِيثٌ حَسَنٌ. قَالَ وَمَعْنَى قَوْلِهِ « مَنْ دَانَ نَفْسَهُ ». يَقُولُ حَاسَبَ نَفْسَهُ فِى الدُّنْيَا قَبْلَ أَنْ يُحَاسَبَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ. وَيُرْوَى عَنْ عُمَرَ بْنِ الْخَطَّابِ قَالَ حَاسِبُوا أَنْفُسَكُمْ قَبْلَ أَنْ تُحَاسَبُوا وَتَزَيَّنُوا لِلْعَرْضِ الأَكْبَرِ وَإِنَّمَا يَخِفُّ الْحِسَابُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ عَلَى مَنْ حَاسَبَ نَفْسَهُ فِى الدُّنْيَا. وَيُرْوَى عَنْ مَيْمُونِ بْنِ مِهْرَانَ قَالَ لاَ يَكُونُ الْعَبْدُ تَقِيًّا حَتَّى يُحَاسِبَ نَفْسَهُ كَمَا يُحَاسِبُ شَرِيكَهُ مِنْ أَيْنَ مَطْعَمُهُ وَمَلْبَسُهُ. أخرجه الترمذي (4)
Kematian adalah sesuatu yang tidak dapat dielak kerana setiap manusia pasti menghadapi maut. Tentang kesakitan yang dirasai ketika sedang bertarung dengan maut, Rasulullah saw menjelaskan dalam hadis-hadisnya bahawa sakit ketika hampir mati itu laksana kesakitan ditetak seratus kali dengan pedang yang tajam atau seperti dikoyak kulit dari daging ketika hidup-hidup.
Amatlah beruntung seseorang itu sekiranya dia mati dalam keadaan khusnul khatimah (kebajikan) dan adalah menyedihkan sekiranya dia mati dalam keadaan suul-khatimah.
Tentang tanda-tanda samada seseorang itu akan mendapat kebajikan atau tidak, terdapat hadis Rasulullah saw dari Salman Al Farisi yang
bermaksud:
“Perhatikanlah tiga perkara kepada orang yang sudah hampir mati itu:
Pertama: berpeluh pada pelipis pipinya
Kedua: berlenang air matanya dan
Ketiga: lubang hidungnya kembang kempis
Itu adalah tanda bahawa rahmat Allah sedang turun dan dirasai oleh orang yang hampir mati itu. Sebaliknya jika ia mengeruh seperti tercekik, air mukanya nampak gelap dan keruh dan mulutnya berbuih, ini menandakan azab Allah sedang menimpa dia.”
(Hadis riwayat Abdullah, Al-Hakim dan At-Tarmizi)
Berdasarkan hadis ini, ada sebilangan mukmin yang ketika hampir mati, masih terdapat sisa-sisa dosa padanya. Namun Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani menentukan orang itu mati dalam keadaan khusnul khatimah dan mengampuni segala dosa-dosanya itu.
Dipercayai bahawa kematian berlaku pada jasad manusia secara beransur, dari hujung kaki ke peha. Apabila rahmat diturunkan padanya kerana mati dalam khusnul khatimah ini, si mati akan merasa terlalu gembira dan kegembiraaan itu terlahir dengan keluarnya peluh pada pelipisnya.
Air mata yang keluar dan hidung yang kembang kempis pula adalah tanda bahawa si mati amat malu pada Allah SWT terhadap sisa-sisa dosanya yang belum sempat ditaubatinya.
Orang-orang yang kuat imannya akan merasa malu untuk melakukan dosa semasa hidupnya kerana merasa bahawa Allah sentiasa memerhatikannya. Oleh itu, disaat kematiannya, Allah melimpahkan rahmatNya dengan mengampunkan dosa-dosanya.
Orang-orang yang kafir pula, dia tidak merasa malu pada Allah SWT. Oleh itu apabila nyawanya hendak dicabut oleh Izrail, wajahnya gelap dan keruh dan dia mengeruh seperti binatang yang disembelih. Ini juga merupakan penanda bagi azab yang diterimanya disebabkan oleh dosa-dosa dan kekufurannya.
Dari Alqamah bin Abdullah, Rasulullah saw bersabda yang bermaksud:
“Bahawa roh orang mukmin akan ditarik oleh Izrail dari jasadnya dengan perlahan-lahan dan bersopan sementara roh orang kafir pula akan direntap dengan kasar oleh malaikat maut bagaikan mencabut nyawa seekor khimar.”
Terdapat juga orang mukmin yang berdosa, dan Allah menimpakan kekasaran dan mala petaka sebelum dia menghembuskan nafasnya yang terakhir sebagai kaffarah atas segala dosanya.
Oleh itu apabila rohnya keluar dari jasad, dosanya telahpun terhapus.
Kadang-kadang kita melihat seorang mukmin yang mati dalam kepayahan dan seorang kafir yang mati dalam ketenangan. Hendaklah kita berbaik sangka dengan orang mukmin tersebut kerana mungkin itu merupakan kaffrarah terhadap dosanya dan dia menemui Allah SWT dalam keampunan kerana sisa-sisa dosanya telah pun dikaffarah.
Orang kafir yang mati dalam ketenangan pula, mungkin semasa hidupnya dia berbuat kebajikan dan itu adalah balasan terhadapnya kerana janji Allah bahawa setiap kebajikan akan dibalas.
Tetapi kerana dia tidak beriman, kebajikan itu tidak menjadi pahala dan kekufurannya akan diazab di akhirat kelak.
Oleh itu, kita yang masih hidup harus sentiasa berbaik sangka dan mengambil iktibar terhadap segala yang berlaku. Moga-moga kita akan menemui Allah dalam keadaan khusnul khatimah dan dalam limpahan rahmat dan keampunanNya.

Nabi Idris beritahu Izrail kesakitan ketika mati

DIKATAKAN punca Nabi Idris diangkat ke syurga kerana baginda melakukan amal yang banyak, jika dihitung sama dengan penduduk bumi pada waktu itu.

Maka, Malaikat Izrail (malaikat pencabut roh), menjadi cinta dan rindu sekali kepadanya.
Izrail meminta izin kepada Allah supaya dibolehkan mengunjungi Nabi Idris. Allah mengizinkannya lalu Izrail menjelma dalam bentuk manusia dan memberi salam kepada Nabi Idris, sebelum duduk di sampingnya.
Seperti biasa, Nabi Idris sedang berpuasa. Setiap kali berbuka, ada malaikat datang membawa makanan dari syurga.
Nabi Idris makan makanan itu sambil mempersilakan Izrail supaya bersamanya, namun malaikat itu tidak mahu.
Beliau terus tekun mengerjakan ibadatnya hingga terbit fajar dan matahari. Izrail setia duduk di sampingnya.
Melihat hal itu, Nabi Idris menjadi kagum dan berkata: “Hai orang lelaki, apakah engkau mahu berjalan-jalan bersama aku supaya kita boleh senang?”
Kedua-duanya lalu berjalan bersama-sama hingga tiba di sebuah ladang. Izrail bertanya: “Apakah engkau mengizinkan aku mengambil buah-buahan ini untuk kita makan bersama?”
Jawab Nabi Idris: “Maha Suci Allah, kelmarin engkau tidak mahu makan sesuatu yang halal, tetapi hari ini engkau menghendaki makan yang haram.”
Mendengar jawapan itu, Izrail diam tidak berkata. Mereka meneruskan perjalanan selama empat hari. Nabi Idris melihat keanehan orang itu yang berbeza dengan orang lain.
Maka Nabi Idris bertanya kepadanya: “Siapakah sebenarnya engkau ini?”
Jawabnya: “Aku adalah Izrail.” Nabi Idris bertanya: “Apakah engkau yang ditugaskan mencabut roh?” Balasnya: “Ya, memang tugas aku mencabut roh daripada semua makhluk Allah yang bernyawa.”
Nabi Idris berkata: “Selama empat hari bersama aku, apakah engkau akan mencabut roh manusia?”
Jawabnya: “Ya, akulah yang mencabut semua roh. Dan sesungguhnya bagi aku mencabut roh itu hanyalah seperti hidangan makanan yang aku hadapi, sama dengan halnya engkau menghadapi makanan lalu menyuapkan makanan itu layaknya.”
Nabi Idris berkata: “Hai malaikat pencabut nyawa, apakah engkau datang ini untuk sekadar berkunjung atau untuk mencabut nyawa aku?” Izrail memberitahu hanya untuk berkunjung selepas diizinkan Allah.
Nabi Idris berkata: “Hai malaikat pencabut nyawa, aku mempunyai hajat kepadamu.” Tanya Izrail: “Apakah hajatmu?”
Nabi Idris berkata: “Hajat aku supaya engkau mencabut nyawa aku dan kemudian Allah menghidupkan aku kembali, sehingga aku boleh beribadat kepada Allah sesudah aku merasakan sakitnya mati itu.”
Jawap Malaikat Izrail: “Sesungguhnya aku tidak mencabut nyawa seseorang kecuali Allah mengizinkan kepadaku.”
Maka Allah memberi wahyu: “Hai Izrail, cabutlah nyawa Idris tu!” Izrail terus mencabut nyawa Idris dan Nabi Idris pun mati seketika itu juga.
Izrail menangis seraya merendahkan diri memohon kepada Allah supaya Dia menghidupkan kembali Nabi Idris sebagai temannya yang akrab itu. Allah mengkabulkan permintaannya dan menghidupkan Nabi Idris.
Izrail bertanya: “Hai Idris, bagaimana rasanya mati itu?”
Idris menjawab: “Rasanya seperti binatang terkupas kulitnya dalam keadaan hidup, maka sakit mati itupun melebihi daripadanya seribu kali lipat.”
Izrail berkata: “Cara hati-hati dan halus yang aku lakukan pada waktu mencabut nyawa engkau itu dan belum pernah aku lakukan terhadap seorang pun sama sekali.”
Kemudian Nabi Idris berkata: “Hai malaikat pencabut nyawa, aku mempunyai hajat lagi iaitu ingin melihat neraka jahanam hingga aku menyembah Allah lebih giat lagi, selepas aku melihat belenggu dan bentuk seksaan yang ada dalam neraka.”
Allah memberi wahyu kepada Izrail membawa Nabi Idris ke neraka. Lalu mereka pergi dan baginda melihat penyeksaan Allah yang mengerikan. Kemudian kedua-duanya kembali.
Nabi Idris berkata: “Hai Izrail, aku punya hajat lain iaitu engkau mengajakku ke syurga hingga aku boleh melihat sesuatu yang diciptakan Allah untuk hamba-Nya dan aku akan boleh bertambah taat.”
Allah memberi wahyu kepada Izrail supaya membawa Idris ke syurga.

Saat-saat ketika seorang insan menghadapi mati

Ajal maut di tangan Allah. Tak kira usia kita muda atau tua dan kita tetap akan dijemput-Nya.
Tapi tak tahu bila. Ingatlah bahawa mati itu terlalu hampir kepada kita.

الله سبحانه و تعالى

:: Allah ::


I love You And I need You..
You Are My First & Last Hope,

I want your Peace,
I want your Blessings ..

Forever And Ever With Me..