Jumaat, 3 Jun 2016

Ramadhan Karim


بسم الله الرحمن الرحيم

  Alhamdulillah,bersyukur kehadrat Allah Subhanahu Wata’ala kerana memilih kita untuk bermusafir bersama bulan Ramadhan bulan segala ibadah bulan yang dijanjikan padanya kelebihan kebaikan kenikmatan dan ganjaran yang besar disisi Allah Ta’ala.Sesungguhnya ibadah pada bulan Ramadhan berlipat kali ganda pahala yang mana Allah Ta’ala sendiri  mengkhususkan ganjaran bagi orang yang berpuasa sebagaimana sabdaan Nabi Muhammad Sallallahu’alaihi wasallam ,bahawa Allah Ta’ala berfirman:

(الصوم لي وأنا أجزي به , يدع شهوته وأكله وشربه من أجلي )

“Sesungguhnya puasa adalah milikku dan aku yang memberi ganjarannya,orang yang berpuasa meninggalkan syahwatnya,makananya dan minumannya kerana aku”.

Sesungguhnya Allah Ta’ala telah mengkhususkan bulan yang mulia ini dengan kelebihan,ganjaran serta kebaikan berlipat kali ganda.



Bulan yang diturunkan padanya AlQuran

  Bulan Ramadhan merupakan bulan yang mulia bagi umat islam,kedudukannya melebihi bulan-bulan yang lain.Sesungguhnya bulan yang padanya diturukan AlQuranul Karim sebagaimana firman Allah Subhanahu Wata’ala di dalam surah AlBaqarah (Ayat :185)

(شهر رمضان الذي أنزل فيه القرءان)
“Bulan Ramadhan adalah (bulan)yang di dalamnya diturunkan AlQuran”
  



AlQuran merupakan mukjizat terbesar yang kekal merentasi sempadan zaman.Sebagaimana Allah memilih bulan ini diturunkan padanya AlQuranul Karim,dipilih juga kitab suci Nabi-nabi yang terdahulu diturunkan pada bulan yang mulia ini,sebagaimana warid dari hadis Baginda Nabi Sallallahu’alaihi Wasallam sesungguhnya telah berkata:

(أنزلت صحف ابراهيم عليه السلام في أول ليلة من رمضان,وأنزلت التوراة لست مضين من رمضان , والاءنجيل لثلاث عشرة خلت من رمضان, وأنزل الفرقان لأربع وعشرين خلت من رمضان)

(Dikeluarkan oleh Imam Ahmad di dalam musnadnya)
Isyarat ini menunjukkan kelebihan yang ada pada bulan Ramadhan dan membezakan dengan bulan-bulan yang lain.


Bulan yang difardhukan oleh Allah Ta’ala kewajipan berpuasa,

(يأيها الذين ءامنوا كتب عليكم الصيام كما كتب على الذين من قبلكم لعلكم تتقون . أياما معدودات)

“Wahai orang-orang yang beriman !Diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang sebelum kamu agar kamu bertakwa.
(iaitu)beberapa hari tertentu.”                           
(Surah AlBaqarah ayat : 183,184)

Sesungguhnya bulan yang padanya malam lebih baik daripada 30 ribu hari,

(ليلة القدر خير من ألف شهر)
“Malam AlQadr (malam kemuliaan)itu lebih baik daripada seribu bulan”

(Surah AlQadr ayat :3)

(انا أنزلنه في ليلة مباركة انا كنا منذرين)

“Sesungguhnya kami menurunkannya pada malam yang diberkahi.Sungguh kamilah yang memberi peringatan”
(Surah Ad-Dukhan ayat :3)

  Pada malam yang diturunkan AlQuran itu dijelaskan segala urusan yang penuh hikmah.Segala perkara yang berhubungan dengan kehidupan makhluk seperti kehidupan,kematian,rezeki,nasib baik,nasib buruk dan sebagainya.
  
Bulan yang dibukakan pintu-pintu syurga dan pintu-pintu kebaikan padanya.

  Pada bulan Ramadhan dibuka pintu-pintu kebaikan dan ditutup pintu-pintu kejahatan sebagaimana dijelaskan oleh Baginda Nabi Sallallahu’alaihi Wasallam dalam sebuah hadis:

(اذا جاء رمضان فتحت أبواب الجنة وغلقت أبواب النار وصفدت الشياطين)

“Apabila datangnya Bulan Ramadhan dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup pintu-pintu neraka dan dirantai syaitan-syaitan”.
(Riwayat Imam Muslim,Nasa’i dan Imam Ahmad)

Perbahasan mengenai adakah pintu syurga terbuka dan pintu neraka terkunci samada lafaz majazi ataupun hakiki,ikuti perbahasannya akan datang…!!


Bulan yang padanya banyak kebaikan,kelebihan dan diturunkan rahmat serta keberkatan.
  
 Sesunggunya Allah Subhanahu Wata’ala mengkhususkan bulan yang mulia ini dengan kemuliaan,keberkatan,diturunkan rahmat.diberi peluang yang melimpah ruah bagi umat islam dengan amalan-amalan yang dijanjikan padanya kebaikan.

قال رسول الله صلى الله عليه وسلم (من صام رمضان وقامه ايمانا واحتسابا غفر له ما تقدم من ذنبه , ومن قام ليلة القدر ايمانا واحتسابا غفر له ما تقدم من ذنبه)

Rasulullah sallallahu’Alaihi Wasallam telah bersabda:Barangsiapa yang berpuasa dibulan Ramadhan dan mendirikannya dengan penuh keimanan dan penuh pengharapan diampunkan daripada dosanya yang lalu,dan barangsiapa yang mendirikan pada malam AlQadr dengan penuh keimanan dan penuh pengharapan nescaya diampunkan dosa-dosanya yang lalu”)
(Riwayat : Imam At-Tirmizi)

قال النبي صلى الله عليه واله وسلم (للصاىْم فرحتان فرحة عند فطره وفرحة عند لقاء ربه)

“Telah bersabda baginda Nabi Sallallahu’Alaihi Wasallam: Bagi orang yang berpuasa ada dua kebahagiaan iaitu kebahagiaan ketika berbuka dan ketika berjumpa Rabbnya bahagia kerana puasanya”.
(Riwayat Imam Bukhari dan Muslim)



  Sesungguhnya Allah memuliakan orang yang berpuasa di akhirat kelak dengan menyediakan syurga daripada pintu Ar-Rayyan khusus bagi orang yang berpuasa sahaja sebagaimana telah bersabda Baginda Nabi Sallallahu’Alaihi Wasallam:

( ان في الجنة بابا يقال له الريان يدخل منه الصاىْمون يوم القيامة لا يدخل معهم أحد غيرهم , يقال : أين الصاىْمون ؟ فيدخلون منه فاذا دخل آخرهم أغلق فلم يدخل منه أحد)

“Sesungguhnya di syurga ada pintu yang dinamakan Ar-Rayyan ,yang akan dimasuki oleh orang-orang yang berpuasa pada hari kiamat nanti,dan tidak ada yang memasuki melaluinya kecuali mereka,berkata diman orang-orang yang berpuasa? Maka masuk, mereka kedlamnya maka pintu itu akan ditutup dan tidak adalagi seorang pun yang masuk melaluinya”.
(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
Bau mulut orang berpuasa disukai oleh Allah Subhanahu Wata’ala sebagaiman Sabda Nabi Sallallahu’Alaihi wasallam:

(والذي نفسي بيده لخلوف فم الصاىْم أطيب عند الله تعالى من ريح المسك )

“Demi jiwa Muhammad ada ditangannya,bau mulut orang yang berpuasa lebih Allah sukai daripada bau misk(kasturi)”…(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
Antara rahsia menjalani ibadah puasa adalah menerangkan hati dan menajamkan fikiran,kerana sabda Nabi Muhammad Sallallahu’alaihi Wasallam:
(من جاع بطنه عظمت فكرته وفطن قلبه )
Barangsiapa lapar perutnya besarlah fikirannya dan teranglah hatinya”




Bila disyariatkan berpuasa?

Ibadah puasa difardhukan pada bulan sya’ban tahun kedua hijrah

(يأيها الذين ءامنوا كتب عليكم الصيام كما كتب على الذين من قبلكم لعلكم تتقون)

Wahai orang-orang yang beriman !Diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang sebelum kamu agar kamu bertakwa..
Maka ibadah puasa telah dikenali sebelumnya oleh umat-umat terdahulu dan ahli kitab.Kemudian Puasa Ramadhan dikhususkan Buat umat Baginda Nabi Muhammad Sallallahu’alaihi Wasallam.
Kemudian turun firman Allah Taala :

(شهر رمضان الذي أنزل فيه القران هدى للناس وبينات من الهدى والفرقان فمن شهد منكم الشهر فليصمه)

Bulan Ramadhan adalah bulan yang di dalamnya diturunkan Alquran sebagai petunjuk bagi sekalian manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeza (membezakan antara haq dan batil).Maka barangsiapa nampak daripada kamu akan bulan maka hendaklah ia berpuasa.


Hakikat Puasa
Sabda Rasulullah Sallallahu’Alaihi Wasallam:
(ان الصيام ليس من الأكل والشرب فقط, انما الصيام من اللغو والرفث)
“Sesungguhnya puasa itu bukanlah menahan daripada makan dan minum sahaja tetapi puasa yang sebenarnya menahan daripada perkara yang (lagha)sia-sia dan  perkataan yang keji”.
(Hadis dikeluarkan oleh Ibnu Hibban dan,Ibn Khuzaimah)
  Sesungguhnya bulan yang disunnahkan oleh Baginda Sayyiduna Rasulullah Sallallahu’alaihi Wasallam qiam pada malam harinya,solat terawih secara berjemaah.
Selain itu,Bulan Ramadhan juga bulan yang dihiasi umat islam dengan akhlak yang mulia sebagaimana yang diajarkan Oleh Baginda Sayyiduna Rasulullah Sallallahu’alaihi Wasallam dalam sabdanya :

(اذا كان أحدكم صاىْما فلا يرفث, ولا يجهل فاءن امروْ قاتله أو شاتمه فليقل : اني صاىْم.)

‘Apabila salah seorang dari kalian berpuasa maka janganlah ia berkata perkataan keji dan membuat perkara sia-sia,jika seseorang mengajak perang atau bertengkar atau mencaci-maki maka katakanlah bahawa aku sedang berpuasa”
(Hadith dikeluarkan oleh Imam Malik dalam kitabnya AlMuwatto’,juga Imam Bukhari&Muslim)

   Tujuan daripada ibadah puasa adalah untuk sampai kepada darjat AlMuttaqin iaitu mereka yang takut dengan azab Allah,berharap kepada syurganya,menjauhi daripada sebarang kemaksiatan dan bersungguh-sungguh dalam keta’atan.




  Saya akhiri tulisan saya ini dengan Sabdaan Nabi Muhammad sallallahu’Alaihi Wasallam agar kita bersungguh-sungguh dalam menempuh bulan yang mulia ini,

ورد عن سيدنا رسول الله صلى الله عليه وآله وسلم أنه رقي المنبر فقال: (آمين, آمين, آمين) فقيل له : يا رسول الله , ما كنت تصنع هذا ؟! فقال: (قال لي جبريل : أرغم الله أنف عبد دخل رمضان فلم يغفر له فقلت : آمين , ثم قال : رغم أنف عبد أدرك والديه أو أحدهما لم يدخله الجنة فقلت : آمين ,ثم قال رغم أنف عبد ذكرت عنده فلم 
يصل عليك فقلت : آمين)

“Celakalah orang yang mendapati bulan Ramadhan tetapi dosanya tidak diampuni”..
(Hadis Riwayat Ibn Khuzaimah,Ibnu Hibban dan Attabroni)



  Semoga artikel ini bermanfaat untuk semua,semoga Allah Subhanahu Wata’ala menerima segala amal ibadah kita,menerima ibadah puasa kita dan menjadikan diri kita hamba yang ta’at yang sentiasa mengikhlaskan diri kerana Allah,dan semoga kita dikeluarkan daripada madrasah Ramadhan ini dengan kerahmatan,keampunan dan dibebaskan daripada azab api neraka…  

نسأل المولى جل وعلا أن يوفقنا لخير العمل في هذا الشهر الكريم وأن يكرمنا بالمغفرة والرضا والقبول وأنعم علينا بأنوار وبركات الصوم في الدنيا والأخرة اللهم آمين
وصل اللهم على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم

Wan Muhammad Faisal bin Wan Mustafa
2 Ramadhan 1436:19 jun 2015


Rujukan: 
1)KItab Bahrul Mazi mukhtasor sunan At-tirmizi Syeikh Idris AlMarbawi Alazhari
   2)Kitab As-siyam cetakan Darul Ifta’ Masriyyah
   3) Kitab “Kaifa Nasumu Ramadhan ,Syeikhuna      Dr.Abdul Muhdi Abdul Qadir (Pensyarah Universiti AlAzhar ,Usuluddin jabatan Hadith )




الله سبحانه و تعالى

:: Allah ::


I love You And I need You..
You Are My First & Last Hope,

I want your Peace,
I want your Blessings ..

Forever And Ever With Me..