Ahad, 20 Mei 2012

(◕‿◕) E'id Muallimin ~Selamat Hari Guru~Lau la Murabbi, Ma'araftu Rabbi ~Jika tidak kerana guru , mana mungkin aku mengenal Tuhan~




Seorang insan ditabir malam
Tersenyum di balik kepayahan
Tidakkan layu mencurah ilmu

Luas lautan baktimu guru


Menuntut ilmu agama memerlukan kesabaran & ketahanan, 
NAMUN mengamalkan ilmu yang diketahui LEBIH SUKAR lagi. Lidah dan tangan boleh bercakap dan mencatat ilmu, namun tubuh berat sekali melaksanakannya, manakala HATI pula amat teruji untuk IKHLAS...Ya Allah, kau balaslah jasa insan2 mulia bergelar Ulama', Ustaz, Ustazah, Guru/ Cikgu, Pensyarah dan semua pendidik di seluruh dunia dengan sebaik-baik balasan dunia dan akhirat. 


Pahlawan tanpa tanda jasa
Ialah Guru

Yang mendidik ku
Yang membekali ku ilmu

Dengan tulus dan sabar
Senyummu memberikan semangat untuk kami

Menyongsong masa depan yang lebih baik
Setitik peluhmu

Menandakan sebuah perjuangan yang sangat besar
Untuk murid-muridnya

Terima kasih Guru
Perjuanganmu sangat berarti bagi kami

Tanpamu ku tak akan tahu tentang dunia ini
Akan selalu kami panjatkan doa untukmu
                                           


Rasulullah sollaLlahu'alaihiwasallam bersabda,

"Sesungguhnya Allah, para malaikat-Nya, penguni langit dan bumi termasuk semut di dalam lubangnya dan ikan di lautan berselawat (mendoakan) orang yang mengajarkan kebaikan kepada manusia." (Riwayat at-Tirmizi)

Selamat hari guru kepada semua warga pendidik . Semoga Allah memberkati kalian selalu...



‎"Apapun yang d'trangkn Oleh Guru semasa pengajian hendaklah (penuntut) mengikutnya & mnggalkn p'ndgn peribadinya,kerana kesilapan Guru lebih b'mnfaat dari apa yang mungkin benarnya yg datang dari dirinya (penuntut)"..
~Imam Al-Ghazali~






Selamat Hari Guru buat semua pendidik.. :) Jasa kalian tetap dikenang..Terima kasih buat insan-insan yang pernah mendidik kami ketika diri ini berada di alam persekolahan

Guru..
Dalam ajarnya ada harapan,
Dalam tegurnya ada doa,
Dalam marahnya ada sayang,
Dalam tawanya ada mesra,
Dalam diam ada bijaksana,
Dalam tangannya, kita terbina,

Kepada semua guru .. SELAMAT HARI GURU diucapkan.. Jasamu akan dikenang hingga ke akhir hayat. Semoga usaha kalian diberkati dan diredhai 

Allah..


O Allah, acknowledge the noble deeds to the Ulama', Ustaz, Ustazah, teacher, lecturer and all educators around the world with the greatest bless both dunya and akhirah..Ameen


~Mengimbau Kenangan lalu waktu Menjejakkan kaki ke Sekolah~


2006-2011:Sekolah Agama Menengah Tinggi Tengku Ampuan Jemaah



Sekolahku ini !!
Amal agama dijana....
Ma`ahad kebanggaan kami !!
Tarbiyah dibina...
Ta`lim turut diperkasa...
Agar bumi ini terus diberkahi...
Jalinan Iman n `Amal terus terlaksana....

::: Amiin Ya Allah :::



2012: Guru Sementara Kafa Integrasi Al-Insan Sek13,Shah Alam..
(Februari-Mei 2012)


Terima kasih guru budiman                                 yang merungkai erti kehidupan
menanam benih-benih kemanusiaan
memadam puntung-puntung
kesombongan
bagai bintang di kegelapan malam
di tengah lautan jadi pedoman.

Semoga Hari Guru ini akan membuat kau bahagia dan gembira
Doaku agar kau sekalian diberi rahmat dan hidayah dari Illahi
Dengan melaksanakan tugasmu sebagai seorang guru
Teruskanlah perjuanganmu, wahai insan yang bergelar GURU...



‎'Hari-hari adalah hari guru sekiranya kita mendoakan guru setiap kali selepas solat lima waktu. 

Hadiah terbaik seorang anak murid kepada gurunya ialah dengan berusaha menjadi anak murid yang taat dan mengamalkan ilmu-ilmu yang disampaikan...

Rayakanlah 'hari guru' setiap hari dengan berdoa untuknya dan sentiasa bermujahadah untuk menjadi anak murid yang taat dan mengamalkan ilmu..... 

Orang haji dari Jeddah
Buah Kurma berlambak-lambak
Pekerjaan guru bukanlah mudah
Bagai kerja menolak ombak











Terima kasih Guru.."Selamat Hari Guru"..

الله سبحانه و تعالى

:: Allah ::


I love You And I need You..
You Are My First & Last Hope,

I want your Peace,
I want your Blessings ..

Forever And Ever With Me..