Rabu, 30 November 2011

Kelebihan puasa Hari Asyura “إن عاشوراء من أيام الله..”

Disunatkan kita berpuasa pada Hari Asyura’. Hari Asyura juga digelar Ayyamillah (Hari-hari Allah) iaitu hari-hari yang dinasabkan oleh Allah swt kepada diriNya. Allah swt telah menyuruh Nabi Musa as agar mengingatkan kaumnya tentang hari-hari tersebut dalam firmanNya : ﴿وَذَكِّرْهُمْ بِأَيَّامِ اللَّهِ﴾ bermaksud, “Dan ingatkanlah mereka tentang Hari-hari Allah”. Maksud Hari-hari Allah ialah Ayat-ayatNya dan nikmat-nikmatNya seperti selamatnya Nabi Musa as dan kaumnya dari kekejaman Firaun, terbelahnya Laut, tenggelamnya Firaun dan tenteranya yang zalim lagi mendustakan Allah swt, Al-Mann dan Al-Salwa yang diturunkan dari langit untuk Bani Israel dan nikmat-nikmat yang lain.
Dari hadis riwayat Muslim berbunyi “إن عاشوراء من أيام الله..” bermaksud, “Sesungguhnya Asyura adalah dari Hari-hari Allah”. Dalam satu riwayat bermaksud, “… dengan nikmat Allah taala”.
Dalam setiap sempena Islam, merekacipta poster dan pelbagai bentuk promosi ibadat Islam boleh membantu menyebarkan Syiar Islam dan merubah penghayatan umat Islam kepada yang lebih baik. Ini sekaligus membina masyarakat Islam yang dicita-citakan untuk mendokong Ad-Daulah Al-Islamiyah yang dituju dan yang diperjuangkan oleh sesebuah Jamaah Islam.
Dalam satu hadis menyebut  
“هذا يوم عظيم يوم نجى الله فيه موسى وأغرق فرعون” bermaksud, “Hari ini adalah hari yang besar dimana Allaah menyelamatkan Musa dan menenggelamkan Firaun”. Sabdanya lagi “يوم صالح هذا يوم نجى الله بني إسرائيل من عدوهم” bermaksud, “Hari ini ialah hari yang baik dimana Allah menyelamatkan Bani Israel dari musuh mereka”.  Dalam satu riwayat yang lain Rasulullah saw bersabda“أظهر الله فيه موسى وبني إسرائيل على فرعون..” bermaksud, “Di hari tersebut (Asyura) Allah memenangkan Musa dan Bani Israel keatas Firaun”.يعني رمضان) وعن ابن عباس “ما رأيت النبي صلى الله عليه وسلم يتحرى صيام يوم فضله على غيره إلا هذا اليوم يوم عاشوراء، وهذا الشهر (البخاري Tidak aku melihat Nabi saw berusaha berpuasa melebihi hari-hari lain selain hari ini, iaitu hari Asyura dan di bulan ini iaitu bulan Ramadan”. Oleh itu hadis ini menunjukkan Hari Asyura merupakan hari yang paling afdhal untuk berpuasa selepas bulan Ramadan dan Hari Arafah.
Puasa di Hari Asyura menghapuskan dosa setahun. Ini adalah diantara anugerah Allah swt kepada manusia yang memang lumrah terdedah kepada kesilapan dan kelemahan. Allah swt menjadikan hari tersebut sebagai sebab untuk pengampunan dosa dan taubat.
Hari apakah kita disunatkan berpuasa Asyura ?

Kebanyakan Ulamak mengatakan sunat berpuasa pada Hari Kesepuluh bulan Muharram kerana Nabi saw berpuasa pada hari tersebut dan menyarankan kepada para Sahabatnya agar berpuasa sedemikian. Imam Al-Qurtuby berkata bahawa perkataan “Asyura” diambil dari perkataan Asyara bermakna “sepuluh” tapi dalam bentuk perkataan menunjukkan bersangatan (mubalaghah) dan mengagungkan (takzim). Ibnu Al-Munir mengatakan kebanyakan Ulamak mengatakan “Asyura” adalah Hari Kesepuluh. Rujuk juga kitab Fath Al-Bari. Malik, Ahmad, Ishaq dan lain-lainnya juga berpendapat demikian. Turut menyokong pandangan mereka adalah riwayat Ibnu Abbas ra ويؤيده ما رواه ابن عباس “أمر رسول الله صلى الله عليه وسلم بصوم عاشوراء يوم العاشر” (الترمذي: 755 حسن صحيح)، yang bermaksud, “Rasulullah saw menyarankan puasa Asyura iaitu Hari Kesepuluh” (hadis hasan sahih riwayat At-Tarmizi).

Ibadat puasa adalah salah satu tunggak Islam terpenting dalam membina rijal Dakwah dan generasi masadepan Islam yang gemilang.
Pendapat sebahagian Ulamak ialah berpuasa sunat pada Hari Kesembilan bulan Muharram berdasarkan riwayat dari Ibnu Abbas
فقد سُئل ابن عباس عن صيام يوم عاشوراء فقال: إذا رأيت هلال المحرم فاعدد، وأصبح يوم التاسع صائمًا، قلت: هكذا كان رسول الله صلى الله عليه وسلم يصومه؟ قال: نعم (رواه مسلم: 1133 وأبو داود: 2446 والترمذي: 754 وأحمد: 1/239: 2135 صحيح) apabila ditanya tentang puasa Hari Asyura, dia berkata  bermaksud, “Apabila kamu melihat anak bulan Muharram, kiralah hari-harinya dan jadilah seorang yang berpuasa pada Hari Kesembilan’. Aku bertanya, ‘Begitukah Rasulullah saw berpuasa?’. Dia menjawab, ‘Ya’’. (riwayat Muslim no 1133, Abu Daud no 2446, At-Tarmizi no 754, Ahmad no 239/1). Ibnu Al-Qayyim mengatakan yang disunatkan ialah Hari Kesembilan sahaja.
Pendapat sebahagian Ulamak ialah berpuasa pada kedua-dua Hari Kesembilan dan Hari Kesepuluh bulan Muharram berdasarkan hadis 
“حين صام رسول الله صلى الله عليه وسلم يوم عاشوراء وأمر بصيامه قالوا: يا رسول الله! إنه يوم تعظمه اليهود والنصارى. فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم “فإذا كان العام المقبل إن شاء الله صمنا اليوم التاسع” قال: فلم يأت العام المقبل حتى تُوفي رسول الله صلى الله عليه وسلم (مسلم: 1134/133) bermaksud, “Pada hari Rasulullah saw berpuasa Hari Asyura (pada Hari Kesepuluh), para Sahabat ra berkata, ‘Ya Rasulullah, ia adalah hari yang disambut oleh orang-orang Yahudi dan Kristian, lalu Rasulullah saw bersabda, Tahun depan insyaAllah kita akan berpuasa pada Hari Kesembilan jika aku masih hidup’. Sebelum tiba tahun depan Rasulullah saw wafat”. Oleh itu Imam Asy-Syafie ra, Ahmad dan sebahagian Ulamak mengatakan sunat berpuasa pada kedua-dua Hari Kesembilan dan Hari Kesepuluh agar tidak menyamai Yahudi dalam meraikan hanya satu hari sahaja. Dikalangan mereka ada yang mengatakan puasa Hari Kesembilan sebagai laangkah hati-hati agar tidak terlepas kelebihan puasa Hari Asyura.
Puasa mendidik jiwa pemuda pemudi Dakwah menjadi ikhlas kerana ia adalah ibadah yang tidak boleh dilihat oleh manusia yang lain, mendidik jiwa menjadi kental kerana ia adalah perbuatan yang melawan arus nafsu makan dan syahwat, mendidik jiwa menjadi penyayang kerana berlapar mengingat dan menginsafkan dia akan kehidupan orang fakir dan miskin yang sering dilanda kelaparan dan serba kekurangan.
Pendapat sebahagian Ulamak pula ialah sunat berpuasa Hari Kesembilan, Hari Kesepuluh dan Hari Kesebelas berdasarkan hadis riwayat Ahmad أي صيام: 9، 10، 11 للحديث: “صوموا يوم عاشوراء وخالفوا اليهود: صوموا قبله يومًا أو بعده يومًا” bermaksud, “Berpuasalah kamu di Hari Asyura dan kamu bezakanlah dengan (amalan) orang-orang Yahudi. Oleh itu berpuasalah sehari sebelumnya dan sehari selepasnya”.
Ringkasnya, yaang paling afdhal ialah berpuasa pada ketiga-tiga hari ke 9, 10 dan 11 Muharram. Jika tidak upaya maka berpuasalah pada hari ke 9 dan 10 Muharram. Jika tidak upaya maka berpuasa sunatlah pada hari ke 10 Muharram.
Diriwayatkan bahawa generasi Islam terdahulu suka melatih kanak-kanak kecil berpuasa Hari Asyura dengan cara membawa mereka ke masjid dan membuatkan untuk mereka alat permainan di sana. Jika sesiapa dari mereka yang menangis kerana lapar, dia akan diberi alat mainan tersebut sehingga dia asyik bermain sehingga tiba waktu berbuka puasa (rujuk syarah hadis Muslim no 1136).
Kita berdoa kepada Allah swt agar diterima puasa dan amal ibadat kita di Hari-hari yang mulia ini, meningkatkan keperibadian Islam pada diri, keluarga dan masyarakat kita kea rah mendaulatkan kembali Islam di Negara, rantau dan dunia ini. Ameen.

Jumaat, 25 November 2011

Tahun Baru Maal Hijrah 1433 {{{{ كــــــل عــــــــــــام وأنتــــــــــــم بخيــــــــــــــر }}}}

Hayati dan jadikanlah hijrah kali ini menjadi yang sebenar seperti hijrah Nabi Muhammad SAW. Semoga iman diperkuat, amalan dipertingkat, perjuangan menegakkan syiar Islam diperhebat. Semoga tahun baru Hijrah (1433) ini menjadi lebih baik dari tahun-tahun sebelum ini. 

Bersempena dengan sambutan Ma'al Hijrah kali ini, mari kita hayati tulisan di bawah ini.

Hijrah kita adalah hijrah dari alam gelap ke alam cahaya. Dari alam leka ke alam jaga. Dari fantasi ke alam realiti.
  • Ingatlah, dunia ini untuk kehidupan yang sementara, sebelum kita hadir ke alam hakiki yang kekal abadi.
Maka, hijrahlah kita dari sikap tidak baik kepada sikap yang baik. Dari perangai molek ke yang lebih molek. Dari akhlak murni menjadi akhlak sufi.
  • Kita ini, terlalu banyak sikap tak baik. Terlalu banyak yang laghoo (sia-sia) dan yang berdosa.
Di pejabat kita…
  • suami/isteri orang pun kita buat macam suami/isteri sendiri
  • usik sana usik sini
  • dah tak rasa berdosa lagi
  • orang Kedah kata dah "mangli"
  • sedangkan malaikat tetap tidak peduli
  • sentiasa mencatit segala amal diri
  • yang mulia mahupun yang keji.
Suka buang masa pun perlu kita hindari, maklum saja zaman IT. Dok berchatting tak henti-henti. Guna pula komputer yang majikan bagi. Soal amanah kita dah tolak tepi. Dah tak ingat mati bila-bila boleh mari. Akhirat nanti, apa jawapan nak diberi pada Ilahi???
  • Maka penting sekali kita buat hijrah diri. Hijrah seperti berpindah ke rumah baru. Benda tak berguna jangan dibawa sama. Tinggalkan di tong sampah selayaknya. Hanya yang baik-baik dan yang berguna saja kita bawa.
Demikianlah penghijrahan diri yang sepatutnya. Sikap-sikap yang berserabut dan berdebu, kita buanglah jauh-jauh.
  • Suka merajuk, suka menunjuk, suka menyibuk, suka menyampuk, suka mengamuk… Tak usah lah kita dok simpan lagi perangai-perangai ini.
Sifat mazmumah (sifat yang keji) itu bagaikan penyakit kanser, semakin dipendam semakin parah. Namun terpulanglah, kalau kita masih sayang dan nak sehidup semati dengan perangai itu, apakan daya. Tunggulah saat nya pasti tiba. Malaikat Izrail pasti menjelma. Mencabut nyawa tanpa kira masa!
  • Tahun Baru Hijrah yang menjelma ini. Sambutlah dengan azam dan semangat baru. Dari yang tak baik berhijrahlah kepada yang baik. Dari yang sudah baik, kepada yang lebih baik.
Ingatlah, sementara hayat dikandung badan. Selagi daya masih terdaya. Selagi masa masih berusia. Maka ambillah peluang, manfaatkan sepenuhnya. Sebelum hijrah berakhir. Dari dunia yang fana', menuju Alam Baqa yang kekal abadi. Mari kita insafi diri, waktu itu tiada "U-turn" untuk kita lagi!!! Sekian, Renung-renungkan dan selamat beramal. Selamat menyambut Maal Hijrah 1433

 Dari:wan muhammad faisal b.wan mustafa

Maal Hijrah 1433 {{{{ كــــــل عــــــــــــام وأنتــــــــــــم بخيــــــــــــــر }}}}


Dari Abdullah bin Mas'ud, katanya:"Bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: "Tiap-tiap Nabi yang diutus sebelum saya mempunyai pengikut-pengikut dan sahabat-sahabat yang terpilih dari umatnya masing-masing; mereka itu berpegang kepada contoh Nabinya dan menuruti perintahnya; kemudian setelah zaman itu berlalu mereka disambung oleh generasi yang hanya pandai berkata, tetapi tidak bekerja,dan bekerja tetapi tidak menuruti pedoman-pedoman Nabinya. Sesiapa menentang kaum itu dengan kekerasan, mu'minlah ia, menentangnya dengan perkataan, mu'min pula, dan menentangnya dengan hatinya mu'min juga; dan telah habislah iman dari orang-orang yang tidak menentang kemungkaran, walaupun dengan hatinya."
(Riwayat Muslim)
Perjuangan melawan kemungkaran adalah menjadi dasar utama para nabi dan orang-orang yang beriman. Nabi Muhammad saw, seperti halnya nabi-nabi sebelumnya, menghadapi berbagai kesukaran sepanjang hidup baginda. Baginda berkorban meninggalkan harta dan berhijrah ke Madinah demi kelangsungan dakwah Islam.

Ini disebutkan di dalam al-Quran yang bermaksud :"Sesungguhnya, orang-orang yang beriman, berhijrah dan berjihad di jalan Allah, mereka itu mengharapkan rahmat Allah dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (al-Baqarah: 218)

Sebagai balasan atas pengorbanan tersebut, Allah memberikan khabar gembira dengan limpahan kebaikan dan rezeki di dunia. Hal ini disebutkan di dalam al-Quran yang bermaksud: "Sesiapa yang berhijrah di jalan Allah, nescaya mereka mendapati di muka bumi ini tempat hijrah yang luas dan rezeki yang banyak. Sesiapa yang keluar dari rumahnya dengan maksud berhijrah kepada Allah dan Rasul-Nya, kemudian kematian menimpanya (sebelum sampai ke tempat yang dimaksudkan), maka sungguh telah tetap pahalanya di sisi Allah. Dan adalah Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.."(an-Nisaa:100)

Sesungguhnya orang yang benar-benar beriman sama sekali tidak merasa takut atau gementar apabila menghadapi musuh. Semuanya adalah kerana keyakinan pada Allah bahawa Dia sentiasa bersama orang-orang yang benar seperti mana firman Allah S.W.T yang bermaksud: "Jikalau kamu tidak menolongnya (Muhammad) maka sesungguhnya Allah telah menolongnya (iaitu) ketika orang-orang kafir (musyrikin Mekah) mengeluarkannya (dari Mekah) sedang dia salah seorang dari dua orang ketika keduanya berada dalam gua, di waktu ia berkata kepada temannya, 'Janganlah kamu berduka cita, sesungguhnya Allah bersama kita.' Maka Allah menurunkan ketenangan-Nya kepada (Muhammad) dan membantunya dengan tentera yang kamu tidak melihatnya, dan Allah menjadikan seruan orang-orang kafir itulah yang rendah. Dan kalimat Allah itulah yang tinggi. Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana." (at-Taubah: 40)

إِنَّ الَّذِينَ آمَنُواْ وَالَّذِينَ هَاجَرُواْ وَجَاهَدُواْ فِي سَبِيلِ اللّهِ أُوْلَـئِكَ يَرْجُونَ رَحْمَتَ اللّهِ وَاللّهُ غَفُورٌ رَّحِيمٌ
Sesungguhnya orang-orang yang beriman, orang-orang yang berhijrah dan berjihad di jalan Allah, mereka itu mengharapkan rahmat Allah, dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang
(Surah Al-Baqarah 2: Ayat ke 218)
 

Sabtu, 12 November 2011

Apa Itu 19 Kandungan Jus MonaVie?


                                                                            
1. Acai Berry
- Anti Penuaan
- Pencegahan Diabetes
- Pencegahan Kanser
- Merendahkan Kolesterol
- Peningkatan Fungsi Seksual
- Menggalakkan Pencernaan
- Pencegahan Sakit Jantung & Strok
- Peningkatan Sistem Keimunan
- Pencegahan Arteriosklerosis
(Dinding Arteri Menjadi Keras)
2. Delima
- Menentang Bakteria & Jangkitan Kulat
- Pencegahan Serangan Sakit Jantung
- Kurang Daya Tenaga
- Membentuk Kolagen
3. Bilberry
- Glaukoma ( Penyakit Mata Yang
Beransur-Ansur Buta)
- Pencegahan / Rawatan Artritis Reumatik
- Penglihatan Yang Sihat
- Pembentukan Kolagen
- Buasir
4. Passion
- Asma
- Diuretik Ringan
- Infeksi Saluran Air Kencing
- Mempergiatkan Kesihatan Jantung
5.Wolfberry
- Insomnia ( Sukar Untuk Tidur)
- Masalah Penglihatan
- Sengal- Sengal Tulang
- Kencing Manis
- Penyakit Kulit
6. Blueberry
- Perlindungan Sistem Jantung
- Pencegah Kencing Manis
- Pengurangan Kolesterol Buruk
7. Kiwi
- Perlindungan DNA Dari Radikal Bebas
- Pencegahan Kanser Kolon / Kanser Kulit
- Pengawalan Kolesterol
- Kencing Manis
8. Cranberry
- Antibiotik Semulajadi ( E Coli, H Pylori)
- Kesihatan Saluran Air Kencing
- Prostatitis ( Radang Pada Prostat)
- Anoreksia ( Wanita Mudah Hilang Nafsu
Makan Kerana Takut Gemuk)
9. Appricot
- Ketidakseimbang Tekanan Darah
- Penyakit Prostate
- Katarak
- Strok

الله سبحانه و تعالى

:: Allah ::


I love You And I need You..
You Are My First & Last Hope,

I want your Peace,
I want your Blessings ..

Forever And Ever With Me..