MERAKYATKAN EKONOMI SELANGOR (MES) dilancarkan dengan falsafah bahawa kekayaan negeri harus dinikmati oleh rakyat negeri.
*Bantuan air percuma sebanyak 20 meter padu – 1.5 juta meter individu pengguna mendapat manfaat daripada bantuan ini. RM 166.7 juta dibelanjakan.
*Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS) – Anugerah kepada pelajar yang berjaya masuk ke universiti.
RM1,000 untuk 7339 pelajar dari keluarga berpendapatan rendah (RM1,500 ke bawah) kelahiran Selangor terpilih masuk ke universiti.
*Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS) – Insuran kepada bayi kelahiran Selangor sehingga umur 18 tahun. Mula dengan masukkan RM100. Terima RM1500 apabila berusia 18 tahun. 15,802 telah dilulus daftar dengan peruntukan RM1.34 juta.
* Skim mesra warga usia emas – RM2,500 diberikan kepada warga tua dan golongan kurang upaya. (Tertakluk kepada tempat kelahiran dan status mastautin). 122 ribu dari lebih 300 ribu telah daftar dan 13,342 telah mendapat manfaat skim ini.
*Dana Pendidikan untuk anak Pekerja Ladang -Biasiswa kepada anak-anak pekerja ladang.
Bantuan kewangan membina dan menyelenggara hostel untuk mereka. 130 orang mendapat manfaat dan berpeluang sambung belajar di INPENS.
*
Bantuan lain seperti pemberian geran tanah, rumah, insurans, cuti bersalin dan bantuan keusahawananjuga diberi.
Diumumkan pada Mac 2009 dengan kombinasi rancangan jangka pendek, sederhana dan panjang untuk menarik masuk pelaburan, Pakej Rangsangan Ekonomi Negeri Selangor membuka peluang pekerjaan serta mendorong pergerakan ekonomi.
*Meningkatkan hasil padi – Meningkatkan pendapatan petani dan bergerak ke arah pertanian berteknologi tinggi.
Rancangan 5 tahun meningkatkan padi di Kuala Selangor dan Sabak Bernam. Hasil usaha semasa: Peningkatan 19.4% di Pancang Bedena. 23.9% di Pasir Panjang. Dan 7.3% peningkatan Sawah Sempadan. Rancangan perluasan kawasan padi 16% (2009), 37% (2010), 62% (2011), 87% (2012), dan 100% (2013).
KEWANGAN NEGERI – Laporan Ketua Audit Negara meletakkan tahap pengurusan kerajaan negeri Selangor di bawah Pakatan Rakyat adalah pada tahap yang amat memuaskan bagi tahun 2008 dan 2009.
HAL EHWAL ISLAM & ADAT MELAYU – RM140 juta setahun diperuntukkan untuk JAIS. Gaji guru KAFA seramai 6,236 orang dinaikkan menjadi RM1000 daripada RM738.30 melalui sumbangan JAIS dan MAIS.
HAL EHWAL BUKAN ISLAM – Kini ia disertai oleh 7 badan agama. Majlis Bukan Islam Selangor dirundingi lebih kerap (6 kali berbanding 2 kali sebelum 2008).
Mempercepat proses semakan permohonan keperluan tanah dan tempat ibadat. 90 tanah untuk tempat ibadat diluluskan. Peruntukan yang sesuai berjumlah kira-kira RM4.8 juta bagi penganut Kristian, Buddha, Hindu dan Sikh di 43 tempat.
ORANG ASLI DAN OKU – Menyelesaikan isu tanah orang asli melalui pembentukan Jawatankuasa Bertindak Tanah Orang Asli pada tahun 2009. Membatalkan semakan isu tanah di mahkamah dalam kes Bukit Tampoi, Dengkil untuk tidak menyusahkan orang Temuan di sana. OKU dilibatkan dalam Kerajaan Tempatan, bantuan dan kemudahan diberikan termasuk peluang kerja yang mampu.
MEMBASMI KEMISKINAN – Falsafah tindakan ialah untuk menjadikan mereka yang perlukan bantuan akan berdikari kemudian. 30% penduduk miskin dengan garis kemiskinan RM1500 ke bawah. Pelarasan dibuat untuk bantuan. Sejak 2008: 265 rumah dibina semula dan 300 rumah dibaik pulih. Bantuan lain: kesihatan, latihan sumber manusia, bantuan sekolah.
ALAM SEKITAR DAN PENGGUNA – Pelbagai undang-undang dan kempen dibuat untuk mengajak rakyat mendokong prinsip pembangunan mapan. Ini meliputi penggazetan hutan, kempen hari tanpa beg plastik, jimat elektrik dan larangan pembakaran terbuka serta usaha meningkatkan litupan hutan kepada 32% berbanding kini sekitar 30.5%.
Pendidikan pengguna bijak diluaskan untuk mendidik hak mereka serta keperluan belanja berhemat.
TANAH, PERUMAHAN, KAMPUNG BARU/BAGAN/TERSUSUN DAN KILANG TANPA KEBENARAN – RM4.2 juta untuk 101 projek di 53 kampung. Pengenalan borang 5A untuk jaminan hak tanah dipercepat tanpa mengira agama, bangsa dan politik. Sasaran 100 ribu tanah TOL diluluskan bagi 2010.
Lebih 2000 kilang haram yang sedia ada didaftarkan melalui Garis Panduan Penyeragaman Pelaksanaan Program Pemutihan Kilang Tanpa Kebenaran untuk menjamin hak pekerja dan mengutip cukai yang sah.
WANITA DAN BELIA – Kumpulan pengurusan dan profesional (Gred 41 ke atas) dalam kerajaan negeri Selangor ialah 35.45%. 10 Pusat Komuniti Wanita DUN telah ditubuhkan. Program belia dalam bidang kepimpinan, seni, sukan, pendidikan dan keusahawanan. Sekretariat Belia Negeri Selangor (SBNS) menyelaras dan menggerakkan program belia negeri melalui Penggerak Belia Tempatan (PeBT) di setiap Kerajaan Tempatan dengan peruntukan khas.
SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI (STI), PEMODENAN PERTANIAN DAN PEKERJA LADANG – RM2.2 juta untuk 101 petani, peladang, penternak dan nelayan dalam bentuk kemudahan dan maksimum RM25 ribu bagi pemohon yang layak. Pekerja ladang dibantu dalam bentuk skim perumahan dan hal ehwal pendidikan.
PEMBANGUNAN MENYELURUH, PENDIDIKAN, BUDAYA DAN KESIHATAN -Program SPIES (Spiritual, Fizikal, Intelektual, Emotional dan Sosial) – dibentuk juga merumus masalah sosial. Tuisyen Rakyat di 115 pusat. Peruntukan RM3.45 juta. Bantuan untuk 146 sekolah agama, 80 sekolah Cina dan 97 sekolah Tamil berjumlah RM15.4 juta. Tanah juga diluluskan untuk keperluan sekolah yang tidak cukup. Pelbagai program budaya juga bicara tokoh. Usaha mewujudkan persekitaran bersih, selamat dan sihat termasuk membantu keperluan rawatan dan perubatan.
Sumber : Zaid Untuk Rakyat.Com
Selangor Mantap Institusi Pendidikan, Capai Visi Negeri Idaman
TVS NEWS
Justeru penganjuran Hari Ilmu Negeri Selangor 2011 pada 26 Jun nanti adalah inisiatif serta langkah kritikal kerajaan negeri bagi memastikan ilmu itu dimartabatkan di tahap tertinggi.
Dalam satu tembubual eksklusif krew TV Selangor dan Selangor Kini bersama Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali, beliau menjelaskan Hari Ilmu Selangor yang dianjurkan sejak tahun lepas menerima sambutan menggalakkan malah berjaya mengumpulkan kira-kira 15,271 pembaca berdaftar menerusi program Gerakan Membaca Perdana.
"Tahun ini kita melangkah satu tahap ke hadapan di mana kita berjaya mencetuskan budaya membaca sedikit sebanyak di kalangan rakyat Selangor. Apa yang kita perlukan sekarang adalah kita memerlukan bahan bacaan untuk dibaca dan bahan-bahan itu bercirikan tempatan. Kita mahu rakyat di Selangor dan Malaysia menulis supaya hasil karya mereka ini boleh memberi manfaat kepada rakyat Selangor dan Malaysia amnya,"katanya.
Beliau berkata, antara program yang bakal berlangsung di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) itu adalah Perhimpunan dan Konvensyen Penulis, kempen 15 minit "Reading Break" atau "Reading Hour" dan Pesta Buku Selangor bermula 24 Jun sehingga 3 Julai.
Dr Halimah berkata, kempen 15 minit Reading Break itu memperuntukkan semua rakyat Selangor termasuk pimpinan tertinggi untuk berhenti membaca secara serentak.
Katanya, kempen yang akan dilaksanakan secara berterusan sepanjang tahun itu akan memberi impak khususnya kepada kanak-kanak dan remaja untuk memupuk minat membaca sama ada bahan ilmiah, buku cerita dan sebagainya.
"Kempen untuk membaca itu diadakan di peringkat negeri Selangor. Jadi kita mengharap ia dilakukan secara berterusan di seluruh daerah cuma mungkin di lain-lain waktu. Kita ada 94 buah perpustakaan seluruh Selangor.
"Kita mahu semua perpustakaan ini menjadi nadi sehingga boleh mencetuskan bacathon. Perpustakaan ini akan menjadi nadi kempen membaca sepanjang tahun,"ujar Halimah.
Menyentuh mengenai konvensyen penulis yang merupakan salah satu agenda dalam program Hari Ilmu nanti, Dr Halimah menjelaskan ia bakal mengumpul dan mempertemukan penulis-penulis dari pelbagai peringkat seperti penulis buku profesional mahupun amatur, kolumnis, penulis bebas, penulis buku teks dan bloggers.
Penulis dicadang mengemukakan esei "Selangor Negeri Idaman, Maju, Sejahtera dan berkebajikan bagi penghasilan Buku Mega Perdana yang merupaka kesinambungan Gerakan Menulis Perdana yang dilancarkan tahun lalu.
"Konsepnya adalah kita memberi satu ruang untuk bertemu dan berbincang sebagai penulis. Kita akan adakan dialog bersama pimpinan kerajaan negeri dan Menteri Besar sendiri di mana mereka boleh mengetahui cara mempertingkatkan mutu penulisan, mempergiatkan penulisan dan mencetuskan minat di kalangan orang muda,"ujar beliau lagi.
Di samping itu, Dr Halimah turut menegaskan kerajaan negeri Selangor di bawah Exco Pembangunan Modal Insan sentiasa memandang penulis sebagai aset penting yang berupaya mentransformasikan masyarakat berikutan idea penulisan yang dilontarkan mengandungi pengajaran serta nilai murni.
"Kita beri peluang pada penulis untuk luahkan apa masalah, mungkin tidak dihargai atau dipingirkan. Hasil daripada itu nanti kita akan cadangkan pada kerajaan negeri nanti untuk mendengar dan mempertimbangkan hasrat daripada penulis. Kita nak dengar luahan hati penulis kerana belum pernah lagi kerajaan memberi peluang kepada penulis untuk menyatakan masalah mereka,"katanya.
Hari Ilmu Negeri Selangor 2011 akan dirasmikan Dato' Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim 26 Jun nanti dan dikendalikan oleh Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS).
RM 461.098 JUTA TELAH DIBELANJAKAN UNTUK MEREALISASIKAN MATLAMAT “HASIL NEGERI UNTUK RAKYAT”
Posted by Admin on 03 Jul 2011 (92 reads)
Kerajaan Negeri Selangor pada 08 Mac 2008, Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) telah memulakan agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) bagi mengagihkan kekayaan Negeri Selangor kepada seluruh warga Selangor tanpa mengira agama, bangsa dan latar belakang.
Selaras dengan Visi Negeri “Selangor Negeri Idaman, Maju, Sejahtera dan Berkebajikan” dan Motto agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor yang baru diperkenalkan iaitu “Hasil Negeri Untuk Rakyat” kerajaan negeri telah mewujudkan dan memperkenal beberapa Program untuk manfaat rakyat keseluruhannya. Ia telah dimulakan dengan pemberian Bekalan Air Percuma 20m3 kepada seluruh rakyat Selangor bagi penggunaan air 20 meter padu pertama pada bulan Jun 2008. Sehingga 30 April 2011 sebanyak RM382,787,455 telah dibelanjakan bagi manfaat 1,219,709 keluarga di seluruh Negeri Selangor di bawah program 20 meter padu air percuma untuk rakyat Selangor.Selain itu, bagi Skim Mesra Usia Emas (SMUE) khusus untuk warga emas dan OKU di Negeri Selangor yang layak, sebanyak RM49,266,500 telah dibayar kepada waris warga emas / OKU yang telah meninggal dunia daripada sejumlah 149,069 orang warga emas / OKU yang mendaftar bagi skim ini sehingga 30 April 2011. Bagi skim kelahiran anak Selangor melalui Tabung Warisan Anak Selangor (Tawas) sebanyak RM1,747,700 diperuntukkan bagi 17,477 orang bayi yang dilahirkan dan didaftarkan sejak 1 Januari 2008.Hadiah sebanyak RM19,204,028 turut diberikan kepada 19,729 pelajar yang berjaya ke IPT di bawah program Hadiah Anak Masuk Universiti. Tidak ketinggalan juga sejumlah RM1,992,090 pula telah diberikan kepada Tabung Pendidikan Anak pekerja Ladang seluruh Selangor menjadikan jumlah keseluruhan RM461,097,723 yang telah dibelanjakan bagi menjayakan Agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) sehingga 30 April 2011.Sementara itu sehingga 30 April 2011 sejumlah 1,289,754 keluarga atau individu telah mendapat manfaat dari program-program MES tersebut.
beberapa lagi program MES yang perlu disebutkan iaitu:
Pusat Khidmat Krisis Sehenti (OSCC)·
Cuti Bersalin 90 hari
Cuti Untuk Suami Yang Isterinya Bersalin Selama 14
Cuti Kematian Suami Selama 30 Hari
Pusat Dialisis Rakyat
Kerajaan Negeri akan terus komited membantu menaikkan taraf dan kualiti hidup rakyat di Negeri Selangor secara adil dan saksama tanpa mengira agama, bangsa dan latar belakang. Selangor adalah sebuah negeri maju dan dipimpin oleh Kerajaan Pakatan Rakyat yang meletakkan kepedulian yang tinggi terhadap kebajikan rakyat.
Selangor Negeri Idaman, Maju, Sejahtera dan Berkebajikan. Hasil Negeri Untuk Rakyat.
Agenda Selangorku Pelan dan Visi Untuk Tiga Tahun 2011-2013 telah dilancarkan oleh YAB Dato’ Menteri Besar, Tan Sri Dato’ Seri Abdul Khalid Ibrahim sempena sambutan Bulan Kemerdekaan dan Hari Malaysia peringkat Negeri Selangor pada 16 September 2011.
Agenda Selangorku bertujuan menjelaskan falsafah pentadbiran dan wawasan Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat Selangor serta menggariskan program-program dan perancangan kerajaan negeri untuk tempoh dua tahun akan datang.
Agenda ini akan memandu negeri dan pihak terlibat untuk menjadikan Selangor negeri contoh. Semua program yang akan diteruskan dalam tempoh dua tahun akan datang tetap mendukung prinsip ketelusan dan kebertanggungjawaban sama seperti program-program yang telah dan sedang dilaksanakan sekarang.
Agenda Selangorku dihasilkan menerusi proses perundingan yang mengabungkan dua pendekatan iaitu mengumpul maklum balas dan mengadunkan semua maklum balas yang diterima.
Proses perundingan melibatkan kerajaan negeri dengan ketua masyarakat dan pihak industri menerusi sesi dialog yang telah diadakan di 12 pihak berkuasa tempatan (PBT) dan sesi soal jawab bersama Menteri Besar.
Dokumen ini, digariskan wawasan Negeri Selangor untuk bekerjasama dengan sektor swasta dalam menyediakan pekerjaan dalam pelbagai sektor ekonomi., yang merangkumi Pemuliharaan Tanah, Perdagangan dan Pelaburan, Sungai Bersih, Transformasi Pertanian, Pengwujudan Pekerjaan / Pengurangan Kemiskinan, dan Pendidikan.
Untuk membela golongan berpendapatan rendah, semua anak syarikat negeri akan implimentasikan gaji minima RM1,500 sebulan berkuatkuasa 1 Januari 2012. Ini bagi mengesa kerajaan Persekutuan memperkenalkan gaji minima kebangsaan dan menunjukkan komitmen kerajaan negeri.
Rumah mampu milik seluas 850-1,000 kaki persegi berharga RM100,000 akan dibangunkan dan disasarkan kepada mereka yang berpendapatan antara RM2,5000 hingga RM5,000 sebulan. Sejumlah 11,000 unit akan dibina setiap tahun oleh PKNS di kawasan seperti Hulu Selangor, Gombak, Kota Kemuning, Hulu Langat, Petlaing dan Shah Alam. Projek sulung telah bermula di Bangi.
Kerajaan Negeri memperuntukkan RM3 juta untuk pemasangan CCTV demi keselamatan penduduk.
Setiap DUN pula diperuntukkan RM1 juta untuk kerja-kerja penyelenggaraan jalan raya, jambatan, longkang dan sebagainya di bawah selian pihak berkuasa tempatan.
RM5 juta diberi untuk pembangunan kampung-kampung baru dan RM4 juta untuk pembaikan jalan-jalan di kampung tradisi.
Dalam dokumen ini juga menerangkan wawasan negeri melahirkan masyarakat bermoral dengan prinsip kesedaran sivik yang tinggi menerusi Seni dan Kebudayaan, Agama dan Masyarakat, Isu Berkaitan Jantina, Orang Asli, Kesihatan dan Memperkasakan golongan Pemuda.
Digariskan juga wawasan Kerajaan Selangor sebagai negeri yang memiliki pentadbiran yang bertanggungjawab, telus dan mantap dengan wawasan untuk Membentuk semula Kerajaan Tempatan, Dewan Undangan Negeri, Ketelusan dan Kebertanggungjawaban, dan Masyarakat Awam.
Sehubungan itu, Pilihan raya tempatan yang pertama dirancang dilakukan di Petaling Jaya pada 2012.
Dokumen ini menerangkan cabaran-cabaran yang dihadapi Kerajaan Selangor dalam melaksanakan segala perancangan ini serta perincian beberapa halangan dari segi hubungan dengan kerajaan persekutuan, had-had sumber negeri, isu-isu kapasiti di peringkat kerajaan tempatan.
Dokumen ini meliputi topik yang luas dan cita-cita kerajaan Negeri Selangor. Oleh kerana sumber dan bidang kuasa kerajaan negeri yang terhad, program-progam yang digariskan dalam Agenda ini sebagai cubaan untuk memaksimakan impak dari sumber yang kecil.
Justeru, kebanyakan program-program ini sekadar ‘projek-projek perintis’ atau fasa pertama kemudian ditapis dan diperkembangkan secara berperingkat ke seluruh negeri.Wllahua'lam..TERIMA KASIH KERAJAAN NEGERI SELANGOR ATAS KEPERIHATINAN ANDA KEPADA RAKYAT SELANGOR..