Jumaat, 3 Jun 2016

Ramadhan Karim


بسم الله الرحمن الرحيم

  Alhamdulillah,bersyukur kehadrat Allah Subhanahu Wata’ala kerana memilih kita untuk bermusafir bersama bulan Ramadhan bulan segala ibadah bulan yang dijanjikan padanya kelebihan kebaikan kenikmatan dan ganjaran yang besar disisi Allah Ta’ala.Sesungguhnya ibadah pada bulan Ramadhan berlipat kali ganda pahala yang mana Allah Ta’ala sendiri  mengkhususkan ganjaran bagi orang yang berpuasa sebagaimana sabdaan Nabi Muhammad Sallallahu’alaihi wasallam ,bahawa Allah Ta’ala berfirman:

(الصوم لي وأنا أجزي به , يدع شهوته وأكله وشربه من أجلي )

“Sesungguhnya puasa adalah milikku dan aku yang memberi ganjarannya,orang yang berpuasa meninggalkan syahwatnya,makananya dan minumannya kerana aku”.

Sesungguhnya Allah Ta’ala telah mengkhususkan bulan yang mulia ini dengan kelebihan,ganjaran serta kebaikan berlipat kali ganda.



Bulan yang diturunkan padanya AlQuran

  Bulan Ramadhan merupakan bulan yang mulia bagi umat islam,kedudukannya melebihi bulan-bulan yang lain.Sesungguhnya bulan yang padanya diturukan AlQuranul Karim sebagaimana firman Allah Subhanahu Wata’ala di dalam surah AlBaqarah (Ayat :185)

(شهر رمضان الذي أنزل فيه القرءان)
“Bulan Ramadhan adalah (bulan)yang di dalamnya diturunkan AlQuran”
  



AlQuran merupakan mukjizat terbesar yang kekal merentasi sempadan zaman.Sebagaimana Allah memilih bulan ini diturunkan padanya AlQuranul Karim,dipilih juga kitab suci Nabi-nabi yang terdahulu diturunkan pada bulan yang mulia ini,sebagaimana warid dari hadis Baginda Nabi Sallallahu’alaihi Wasallam sesungguhnya telah berkata:

(أنزلت صحف ابراهيم عليه السلام في أول ليلة من رمضان,وأنزلت التوراة لست مضين من رمضان , والاءنجيل لثلاث عشرة خلت من رمضان, وأنزل الفرقان لأربع وعشرين خلت من رمضان)

(Dikeluarkan oleh Imam Ahmad di dalam musnadnya)
Isyarat ini menunjukkan kelebihan yang ada pada bulan Ramadhan dan membezakan dengan bulan-bulan yang lain.


Bulan yang difardhukan oleh Allah Ta’ala kewajipan berpuasa,

(يأيها الذين ءامنوا كتب عليكم الصيام كما كتب على الذين من قبلكم لعلكم تتقون . أياما معدودات)

“Wahai orang-orang yang beriman !Diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang sebelum kamu agar kamu bertakwa.
(iaitu)beberapa hari tertentu.”                           
(Surah AlBaqarah ayat : 183,184)

Sesungguhnya bulan yang padanya malam lebih baik daripada 30 ribu hari,

(ليلة القدر خير من ألف شهر)
“Malam AlQadr (malam kemuliaan)itu lebih baik daripada seribu bulan”

(Surah AlQadr ayat :3)

(انا أنزلنه في ليلة مباركة انا كنا منذرين)

“Sesungguhnya kami menurunkannya pada malam yang diberkahi.Sungguh kamilah yang memberi peringatan”
(Surah Ad-Dukhan ayat :3)

  Pada malam yang diturunkan AlQuran itu dijelaskan segala urusan yang penuh hikmah.Segala perkara yang berhubungan dengan kehidupan makhluk seperti kehidupan,kematian,rezeki,nasib baik,nasib buruk dan sebagainya.
  
Bulan yang dibukakan pintu-pintu syurga dan pintu-pintu kebaikan padanya.

  Pada bulan Ramadhan dibuka pintu-pintu kebaikan dan ditutup pintu-pintu kejahatan sebagaimana dijelaskan oleh Baginda Nabi Sallallahu’alaihi Wasallam dalam sebuah hadis:

(اذا جاء رمضان فتحت أبواب الجنة وغلقت أبواب النار وصفدت الشياطين)

“Apabila datangnya Bulan Ramadhan dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup pintu-pintu neraka dan dirantai syaitan-syaitan”.
(Riwayat Imam Muslim,Nasa’i dan Imam Ahmad)

Perbahasan mengenai adakah pintu syurga terbuka dan pintu neraka terkunci samada lafaz majazi ataupun hakiki,ikuti perbahasannya akan datang…!!


Bulan yang padanya banyak kebaikan,kelebihan dan diturunkan rahmat serta keberkatan.
  
 Sesunggunya Allah Subhanahu Wata’ala mengkhususkan bulan yang mulia ini dengan kemuliaan,keberkatan,diturunkan rahmat.diberi peluang yang melimpah ruah bagi umat islam dengan amalan-amalan yang dijanjikan padanya kebaikan.

قال رسول الله صلى الله عليه وسلم (من صام رمضان وقامه ايمانا واحتسابا غفر له ما تقدم من ذنبه , ومن قام ليلة القدر ايمانا واحتسابا غفر له ما تقدم من ذنبه)

Rasulullah sallallahu’Alaihi Wasallam telah bersabda:Barangsiapa yang berpuasa dibulan Ramadhan dan mendirikannya dengan penuh keimanan dan penuh pengharapan diampunkan daripada dosanya yang lalu,dan barangsiapa yang mendirikan pada malam AlQadr dengan penuh keimanan dan penuh pengharapan nescaya diampunkan dosa-dosanya yang lalu”)
(Riwayat : Imam At-Tirmizi)

قال النبي صلى الله عليه واله وسلم (للصاىْم فرحتان فرحة عند فطره وفرحة عند لقاء ربه)

“Telah bersabda baginda Nabi Sallallahu’Alaihi Wasallam: Bagi orang yang berpuasa ada dua kebahagiaan iaitu kebahagiaan ketika berbuka dan ketika berjumpa Rabbnya bahagia kerana puasanya”.
(Riwayat Imam Bukhari dan Muslim)



  Sesungguhnya Allah memuliakan orang yang berpuasa di akhirat kelak dengan menyediakan syurga daripada pintu Ar-Rayyan khusus bagi orang yang berpuasa sahaja sebagaimana telah bersabda Baginda Nabi Sallallahu’Alaihi Wasallam:

( ان في الجنة بابا يقال له الريان يدخل منه الصاىْمون يوم القيامة لا يدخل معهم أحد غيرهم , يقال : أين الصاىْمون ؟ فيدخلون منه فاذا دخل آخرهم أغلق فلم يدخل منه أحد)

“Sesungguhnya di syurga ada pintu yang dinamakan Ar-Rayyan ,yang akan dimasuki oleh orang-orang yang berpuasa pada hari kiamat nanti,dan tidak ada yang memasuki melaluinya kecuali mereka,berkata diman orang-orang yang berpuasa? Maka masuk, mereka kedlamnya maka pintu itu akan ditutup dan tidak adalagi seorang pun yang masuk melaluinya”.
(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
Bau mulut orang berpuasa disukai oleh Allah Subhanahu Wata’ala sebagaiman Sabda Nabi Sallallahu’Alaihi wasallam:

(والذي نفسي بيده لخلوف فم الصاىْم أطيب عند الله تعالى من ريح المسك )

“Demi jiwa Muhammad ada ditangannya,bau mulut orang yang berpuasa lebih Allah sukai daripada bau misk(kasturi)”…(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
Antara rahsia menjalani ibadah puasa adalah menerangkan hati dan menajamkan fikiran,kerana sabda Nabi Muhammad Sallallahu’alaihi Wasallam:
(من جاع بطنه عظمت فكرته وفطن قلبه )
Barangsiapa lapar perutnya besarlah fikirannya dan teranglah hatinya”




Bila disyariatkan berpuasa?

Ibadah puasa difardhukan pada bulan sya’ban tahun kedua hijrah

(يأيها الذين ءامنوا كتب عليكم الصيام كما كتب على الذين من قبلكم لعلكم تتقون)

Wahai orang-orang yang beriman !Diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang sebelum kamu agar kamu bertakwa..
Maka ibadah puasa telah dikenali sebelumnya oleh umat-umat terdahulu dan ahli kitab.Kemudian Puasa Ramadhan dikhususkan Buat umat Baginda Nabi Muhammad Sallallahu’alaihi Wasallam.
Kemudian turun firman Allah Taala :

(شهر رمضان الذي أنزل فيه القران هدى للناس وبينات من الهدى والفرقان فمن شهد منكم الشهر فليصمه)

Bulan Ramadhan adalah bulan yang di dalamnya diturunkan Alquran sebagai petunjuk bagi sekalian manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeza (membezakan antara haq dan batil).Maka barangsiapa nampak daripada kamu akan bulan maka hendaklah ia berpuasa.


Hakikat Puasa
Sabda Rasulullah Sallallahu’Alaihi Wasallam:
(ان الصيام ليس من الأكل والشرب فقط, انما الصيام من اللغو والرفث)
“Sesungguhnya puasa itu bukanlah menahan daripada makan dan minum sahaja tetapi puasa yang sebenarnya menahan daripada perkara yang (lagha)sia-sia dan  perkataan yang keji”.
(Hadis dikeluarkan oleh Ibnu Hibban dan,Ibn Khuzaimah)
  Sesungguhnya bulan yang disunnahkan oleh Baginda Sayyiduna Rasulullah Sallallahu’alaihi Wasallam qiam pada malam harinya,solat terawih secara berjemaah.
Selain itu,Bulan Ramadhan juga bulan yang dihiasi umat islam dengan akhlak yang mulia sebagaimana yang diajarkan Oleh Baginda Sayyiduna Rasulullah Sallallahu’alaihi Wasallam dalam sabdanya :

(اذا كان أحدكم صاىْما فلا يرفث, ولا يجهل فاءن امروْ قاتله أو شاتمه فليقل : اني صاىْم.)

‘Apabila salah seorang dari kalian berpuasa maka janganlah ia berkata perkataan keji dan membuat perkara sia-sia,jika seseorang mengajak perang atau bertengkar atau mencaci-maki maka katakanlah bahawa aku sedang berpuasa”
(Hadith dikeluarkan oleh Imam Malik dalam kitabnya AlMuwatto’,juga Imam Bukhari&Muslim)

   Tujuan daripada ibadah puasa adalah untuk sampai kepada darjat AlMuttaqin iaitu mereka yang takut dengan azab Allah,berharap kepada syurganya,menjauhi daripada sebarang kemaksiatan dan bersungguh-sungguh dalam keta’atan.




  Saya akhiri tulisan saya ini dengan Sabdaan Nabi Muhammad sallallahu’Alaihi Wasallam agar kita bersungguh-sungguh dalam menempuh bulan yang mulia ini,

ورد عن سيدنا رسول الله صلى الله عليه وآله وسلم أنه رقي المنبر فقال: (آمين, آمين, آمين) فقيل له : يا رسول الله , ما كنت تصنع هذا ؟! فقال: (قال لي جبريل : أرغم الله أنف عبد دخل رمضان فلم يغفر له فقلت : آمين , ثم قال : رغم أنف عبد أدرك والديه أو أحدهما لم يدخله الجنة فقلت : آمين ,ثم قال رغم أنف عبد ذكرت عنده فلم 
يصل عليك فقلت : آمين)

“Celakalah orang yang mendapati bulan Ramadhan tetapi dosanya tidak diampuni”..
(Hadis Riwayat Ibn Khuzaimah,Ibnu Hibban dan Attabroni)



  Semoga artikel ini bermanfaat untuk semua,semoga Allah Subhanahu Wata’ala menerima segala amal ibadah kita,menerima ibadah puasa kita dan menjadikan diri kita hamba yang ta’at yang sentiasa mengikhlaskan diri kerana Allah,dan semoga kita dikeluarkan daripada madrasah Ramadhan ini dengan kerahmatan,keampunan dan dibebaskan daripada azab api neraka…  

نسأل المولى جل وعلا أن يوفقنا لخير العمل في هذا الشهر الكريم وأن يكرمنا بالمغفرة والرضا والقبول وأنعم علينا بأنوار وبركات الصوم في الدنيا والأخرة اللهم آمين
وصل اللهم على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم

Wan Muhammad Faisal bin Wan Mustafa
2 Ramadhan 1436:19 jun 2015


Rujukan: 
1)KItab Bahrul Mazi mukhtasor sunan At-tirmizi Syeikh Idris AlMarbawi Alazhari
   2)Kitab As-siyam cetakan Darul Ifta’ Masriyyah
   3) Kitab “Kaifa Nasumu Ramadhan ,Syeikhuna      Dr.Abdul Muhdi Abdul Qadir (Pensyarah Universiti AlAzhar ,Usuluddin jabatan Hadith )




Khamis, 16 Oktober 2014

Kelebihan ilmu,kemuliaan ilmu serta ulama’

 oleh Al’Alim AlFaqih Al’Allamah fadhilatul Ustaz Ad-Duktur As-Syeikh Usamah Sayyid Mahmud Al-Azhari Al-Hasani Hafizahullah



بسم الله الرحمن الرحيم

Alhamdulillah, diberi kesempatan masa untuk menulis kembali diruangan ini setelah sekian lama tidak menulis.Untuk kali ini,saya bawakan sebuah penulisan berdasarkan terjemahan dari youtube. Terjemahan ini bukanlah dari saya sendiri,namun tergerak dihati untuk menulis kembali dan mengolah sedikit sari kata terjemahan dari video Cinta ‘Ilmu bersama ulama’ iaitu bersama Ulama Azhar Syeikh Dr.Usamah Sayyid Mahmud Azhari bertajuk kelebihan ilmu kemulian ilmu dan ulama'di page youtube..Moga dengan usaha ini mendapat keredhaan dan keberkatan dari Allah Ta'ala dan beroleh manfaat yang berguna khusus buat penuntut ilmu sekalian…

As-Syeikh memulakan bicaranya dengan memuji Rabbul Khaliq Allah Ta'ala seterusnya berbicara mengenai kelebihan ilmu,kemulian ilmu dan kemuliaan ahlinya.Kita lihat,umat Baginda Nabi Muhammad Sallallahu’alihi Wasallam bangkit dengan bebanan ilmu,profesionalisme ilmu(penguasaan ilmu) dan ulama’.Bagaimana AlQuran yang mulia ,wahyu yang terpelihara ,Kalamullah yang mulia telah diraih oleh orang islam lalu menghafaz dan memahaminya dan mendalami maksudnya.Mereka tahu Manhaj dan panduannya dalam membangun serta membina akal dalam profesionalisme ilmu (Penguasaan ilmu) dan dalam membentuk ulama’.
AlQuran yang mulia turun seperti hujan lalu membuahkan hasil yang baik dalam sejarah umat ini.Kita berbicara tentang ilmu dan perjalanan ilmu dalam umat ini,garis panduan dalam profesionalisme ulama’(melahirkan ulama).Sejarah pengajian ilmu yang agung dan silam yang berlangsung 1000 tahun atau lebih iaitu menghasilkan ilmu dan ulama’serta memberi faedah penawar segala ilmu  dari pengajian ilmu silam yang luhur di timur dan barat .Bicara tentang alQuran yang mulia bagaimana ia menggerakkan orang islam yang bergantung kepada ilmu,bagaimana keterangannya tentang kemulian ilmu dan kelebihannya serta ketinggian martabat ulama’,ia jadikan mereka ketua dan pemimpin petunjuk.Jika kita ingin bermula dari awal ,maka permulaan manhaj ilmu yang menonjol pada umat ini ialah dari Baginda Nabi Muhammad Sallallahu’alaihi wasallam.






Nabi Sallallahu’alaihi wasallam diutuskan ,lalu baginda menyampaikan wahyu,memberi peringatan dan mengajar umat,membuang litupan kejahilan manusia,mengajar mereka untuk kenal Allah,bagaimana mengetahui tujuan syariat dan bagaimana mengetahui kemuliaan ilmu secara jelas.Nabi Sallallahu’alaihi Wasallam datang lalu mengajar kita kemuliaan ilmu melalui doanya kepada Saidina Abdullah bin ‘Abbas Radhiallahu’Anhu ketika Nabi berdoa kepadanya,”Ya Allah Faqihkanlahnya dalam agama dan ajarkannnya ta’wil”.Nabi Sallallahu’alaihi Wasallam menerangkan kita dalam katanya yang padat
(جوامع الكلم) himpunan ilmu merujuk kepada 2 sumber yang agung iaitu faqih dalam agama dan tahu ilmu ta’wil.Seseungguhnya Ibn ‘Abbas Ra telah membesar di hadapan Nabi Sallallahu’alaihi Wasallam dan sentiasa bersama Baginda Sallallahu’Alaihi Wasallam.Beliau belajar adab ilmu dari persahabatannya yang mulia,permasalahan dan garis panduannya.Lalu sempurna perincian Ibn ‘Abbas dan latihannya dalam belajar dengan penyaksian dari Nabi Sallallahu’Alaihi Wasallam ,hingga jadi ’ dakwat umat’,penterjemah alQuran ,ketua ahli tafsir dan tiang seri mereka yang diredhai Allah.Nabi Sallallahu’alaihi Wasallam sentiasa menerangkan kita tentang kemuliaan ilmu.Siapa yang diberi ilmu,dia telah ambil kelebihan,kemuliaan dan ketinggian dengan kurniaan yang banyak,hinggaa Imam Bukhari meriwayatkan dalam kitab sahihnya hadith dari Muawiyah bin Abi Sufyan bahawa Nabi Sallallahu’Alaihi Wasallam bersabda:

(من يريد الله به خيرا يفقه في الدين)

“Siapa yang dikehendaki kebaikan diberi kefahaman dalam agama.”




Imam Al-Tabrani menambah, “Siapa yang dikehendaki kebaikan ,diberi kefahaman dalam agama dan diilhamkannya petunjuk”.Dalam kitab hadith sahih juga ,Nabi Sallallahu’alaihi Wasallam bersabda,”Para roh adalah tentera yang terlatih(siap untuk bertugas) yang dikenalinya akan dikasihi yang dibencinya akan dijauhi,manusia seperti logam,yang terpilih semasa jahiliah juga terpilih semasa islam jika faqih.”(iaitu jika mempunyai ilmu dan memuliakannya).Ada juga banyak hadith lain yang menerangkan kelebihan ilmu dan kelebihan ulama’hingga ulama’ besar Al-Andalus dan Maghribi yang terkenal ,abu Umar Ibn ‘Abdul Barr al-Andalusi menulis kitab besar bernama “Jami’ Bayan al-Imli wa Fadhlih” ,kitab itu dalam 2 jilid besar.Dikumpulkan padanya hadith,athar,dan ayat Al-Quran yang mulia yang menerangkan kelebihan ilmu dan penuntutnya.Memadailah hadith dalam sahih Al-Bukhari riwayat Abdullah ibn ‘Amr,bahawa Nabi Salllallahu’alaihi Wasallam bersabda:

(ان الله لا يقبض العلم انتزاعا ينتزعه من الناس ولكن يقبض العلم بقبض العلماء)

“Sungguh Allah tidak mencabut ilmu begitu sahaja dari hambanya namun ilmu dicabut dengan mematikan orang alim”

Faedah hadith ini,hidup ulama’ adalah untuk kesejahteraan umat.Hidup ulama’ adalah perkara yang menguntungkan serta pintu petunjuk.Maka kita fahami ,umat Nabi bertanggungjawab untuk mempersiapkan ulama’,profesionalisme mereka dan menyediakan suasana keilmuan yang membantu proses berfikir,mencipta dan kepintaran belajar.

Cukuplah Firman Allah Ta’ala

 فلولا نفر من كل فرقة منهم طاىفة ليتفقهوا في الدين ولينذروا قومهم اذا رجعوا اليهم لعلهم يحذرون))

Mengapa sebahagian dari setiap kumpulan diantara mereka yang tidak pergi untuk mendalami ilmu agama,dan untuk memberi peringatan kepada kaumnya apabila mereka kembali kepadanya,semoga mereka sedar.”(Surah Tawbah 122)

Ayat ini menerangkan beberapa proses atau prosedur profesionalisme ilmu yang perlu ada.
Pertama: Mengapa sebahagian dari setiap kumpulan diantara mereka yang patut dibentuk beberapa orang pelajar yang keluar dan berjalan ke majlis ilmu,belajar dengan ulama’,bersama mengaji ilmu dengan mereka dan beradab dengan adab ulama’,faham percakapan dan sifat mereka.Membentangkan masalah dan kajian yang sulit kepada mereka dan belajar secara berperingkat dari sekecil hingga sebesar ilmu.


Firman Allah Ta’ala :
ولكن كونوا ربانيين بما كنتم تعلمون الكتاب وبما كنتم تدرسون ))

“Tetapi jadilah kamu Rabbani,kerana kamu mengajar Al-Kitab dan kamu tetap mempelajarinya”.(surah Ali‘Imran 79) 

Kata Ibn Abbas “Al-Rabbani ialah merekayang mendidik manusia ilmu yang kecil sebelum ilmu yang besar”.
Proses pertama profesionalisme ilmu bagi umat Nabi Muhammad ialah membentuk kumpulan pelajar yang berkehendak serta cerdik serta menyiapkan faktor-faktor dan urusan sokongan yang membantunya.
Perkara ini disebut oleh Allah Ta’ala :

فلولا نفر من كل فرقة منهم طاىفة...

“Mengapa sebahagian dari setiap kumpulan diantara mereka yang tidak pergi "….


Kita mengambil faedah bahawa rukun dan asas pertama bagi pelajar ialah menyediakan pelajar yang pintar dan minat serta menolong mereka keluar ke pusat ilmu dan bersama ulama’ sepertimana AlQuran gambarkan “Mengapa sebahagian dari setiap kumpulan diantara mereka yang tidak pergi untuk mendalami ilmu agama”.
Kemudian AlQuran menukilkan kepada kita asas kedua dalam belajar iaitu memberi perhatian pada matlamat,bersemangat jitu dan jelas tujuan.Matlamat mereka biar jelas,lalu Allah Ta’ala berfirman:

ليتفقهوا في الدين" (untuk mendalami ilmu agama)

Maka kumpulan pelajar yang keluar menuntut ini mengetahui dari hari permulaannya keluar. Syeikh memberi Contoh Ke Al-Azhar As-Syariff atau untuk mendampingi bermulazamah bersama ulama’ mengikut matlamat mereka.Guru pula memperincikan matlamat belajar iaitu mendalami ilmu agama.Allah menghendaki perkara pertama dalam menuntut ilmu supaya jelas tentang matlamat yang jauh hingga mereka tahu apa yang dicari,apa yang dituntutnya?Apa yang dipikul demi tujuan bermusafir ,berpisah dari keluarga atau negara secara bersendirian dan keluar musafir meninggalkan mereka bertahun-tahun.
Atas sebab apa ulama’ berkelana ke timur dan barat sepanjang sejarah umat hingga kini?Tujuan ,matlamat,semangat(himmah)dan faktor tujuan yang mulia itu ialah untuk mendalami ilmu agama.Sejak mula belajar,Allah Ta’ala ingin gembirakan kita dengan kemuliaan.Kata hikmah orang arab dahulu: ‘Siapa yang tahu kemuliaan yang dicarinya ,remeh baginya apa yang dikerahkannya’..Setiap yang bermatlamatkan besar,bertujuan luas,visinya agung maka manusia akan sanggup menanggungnya.




Jadi,asas pertama bagi masyarakat ,keluarga,institusi dan negara ialah bekerja menghasilkan kelompok yang sibuk belajar ,ditugaskan menghantar dan menyiapkan ruang untuk mereka menuntut ilmu.lalu firman Allah Ta’ala , “Mengapa sebahagian dari setiap kumpulan diantara mereka yang tidak pergi untuk mendalami ilmu agama”.Bagaimana mereka boleh keluar belajar tanpa restu keluarga,redha mak ayah yang sabar berpisah demi kemuliaan ilmu.Dalil “Mengapa sebahagian dari setiap kumpulan diantara mereka yang tidak pergi untuk mendalami ilmu agama” adalah kerja masyarakat,keluarga,institusi dan pusat ilmu dan pelbagai negara supaya menolong anak-anak mereka untuk keluar belajar,supaya menyediakan rak buku,perpustakaan,pusat kajian ,menyediakan ulama’ dan guru serta kitab yang mencukupi.Dalil “Mengapa sebahagian dari setiap kumpulan diantara mereka yang tidak pergi untuk mendalami ilmu agama” dengannya Quran bina masyarakat bagi menolong anak mereka belajar ,keluar untuk menuntut ilmu.
Selepas sempurna asas pertama,masyarakat menunai tanggungjawab dalam mengkhususkan anak mereka belajar,AlQuran menyebut pula kepada kumpulan yang khusus belajar ini.Hasrat firman Allah kepada mereka ,umat mendambakan kamu,masyarakat mengkhususkan kamu untuk belajar,justeru perhatikanlah beberapa adab,beberapa urusan dan uruf serta kebiasaan ilmu silam yang bermula dengan mengenal matlamat dan tujuan.Kamu telah berkelana telah bermusafir mencari ilmu yang mulia ini…Mungkin lama memakan masa bertahun-tahun.Perlu kepada kamu kesabaran,semangat yang jitu,sentiasa bersama ilmu,gemar mengulangkaji,beradab dengan ustaz,ulama dan para masyaikh.Juga perlu kepada penuntut ilmu bersedia ,hadir,membaca,membuat rujukan,menghafal dan menguatkannya serta sentiasa ingat tujuan belajar sehingga rasa senang dan hadir segala kesusahan atau kepenatan untuk mendalami agama .


Kemudian pelajar yang telah dikhususkan ini,setelah menyedari matlamat belajar serta tahu kelebihan dan kemuliannya.Setelah bersama ulama’ dan pengajian ilmu serta belajar dan tahu kitab ilmu,gaya bahasanya,setelah hafal,baca dan sempurna persiapan ilmunya,lalu Allah hubungkan merekadengan cita-cita yang tinggi bagi kaum dan umat mereka.Dan Allah wajibkan mereka setelah sempurna pembentukan ilmu supaya kembali kepada umat dengan khazanah ilmu dan dengan bendahara pengetahuan,penjelasan dalam ilmu agama dan dunia serta berusaha ke arah pembangunan dan peradaban
sepertimana firman Allah Ta’ala:

 فلولا نفر من كل فرقة منهم طاىفة ليتفقهوا في الدين ولينذروا قومهم اذا رجعوا اليهم لعلهم يحذرون))

“Mengapa sebahagian dari setiap kumpulan diantara mereka yang tidak pergi untuk mendalami ilmu agama,dan untuk memberi peringatan kepada kaumnya apabila mereka kembali kepadanya,semoga mereka sedar.”(Surah Tawbah 122)

Moga umat dan rakyat,tamadun dan budaya beroleh penerangan daripada anak-anak mereka yang keluar untuk menuntut ilmu.Semoga umat beroleh penerangan dan cegahan dari perkara yang menyebabkan keruntuhan umat sehingga taufiq dan kejayaan ini sentiasa berterusan.




Oleh itu,isu ilmu bagi umat Sayyiduna Muhammad adalah asas yang agung dan besar.Telah terbina beberapa madrasah disebabkan perkara dan urusan ini,Yang terawal antaranya seperti Masjid Al-Azhar di Kaherah,Mesir yang wujud hingga kini 1000 tahun atau lebih.Terdapat di dalamnya puluhan ribu pelajar dari India,Maghribi,Turki,Syam,Afrika,Melayu,Mauritania,Hadramaut,Iraq dan hijaz,hingga kemungkinan terkumpul di Masjid Al-Azhar pada kurun ke-6,ke-7,ke-8,ke-9 dan ke-10 lebih dari ratusan ribu pelajar di satu tempat.Bilangan ulama’ di Al-Azhar seperti bilangan tiangnya.Di bawah setiap tiang terdapat seorang ketua ulama’ yang mengajar dan membacakan ilmu.Sekiranya dia terus mengajar selama 50,60 dan 70 tahun seperti Sheikul islam Syeikh Zakaria Al-Ansari yang hidup 101 tahun,dipanjangkan umurnya 101 tahun.Sekiranya beliau dilantik pada umur25 atau 30 tahun sedangkan kecerdikannya ketika itu lebih awal kerana belajar dan dilantik mengajar ketika berumur 30 tahu,maka Syeikh Zakaria Al-Ansari Rahimahullah telahmengajar 70 tahun.Beliau meninggal dunia dan telah meninggalkan kitalebih dari 100 karangan.Moga Allah meredhainya.Sebelum meninggal dunia,beliau telah melihat pelajarnya menjadi masyaikh bagi guru agama,begitu juga anak murid kepada anak murid pelajarnya.Maka madrasah terbesar itu adalah teras ilmu,tiang dan asasnya.Madrasah ini mengambil berat terhadap sambutan pelajar apabila tiba ulama’ terkenal yang agung.Pelajar tuun dan belajar,setelah bertahun,mereka balik kepada umat masyarakat dan masyarakat dapat melihat anak-anak mereka mempunyai ilmu,berfikiran jelas dan faham.Ada di kalangan anak mereka dilantik menjadi mufti,penceramah,hakim dan jawatan ilmu yang lain.Maka didapati pada pengurusan ,hokum dan pengajaran mereka sangat jelas,maju ,meningkat ,tenang,Rabbani,berakhlak,per hubungan dengan Allah,sabar dalam mengajar dan menyampaikan ilmu.Apabila umat melihat impak kesan yang cantik pada madrasah itu,berduyunlah orang yang datang.Beginilah bangkitnya gerakan ilmu dalam umat Sayyiduna Muhammad yang maksum.



Ingat,bahawa ilmu ini adalah warisan kenabian.Para Nabi Allah tidak mewariskan dirham atau dinar,tetapi mewariskan ilmu.Siapa yang mengambilnya,dia mendapat bahagian yang banyak.Sesungguhnya Allah Ta’ala mengangkat kedudukan ulama’ di dalam Al-Quran,menghargai mereka dan menyuruh mereka bersifat Rabbani sehingga jelas kepada kita bahawa ilmu,pengajian dan hafazan mesti disertakan dengan banyak ingat dan kembali kepada Allah.Berjuang sedaya upaya menta’atinya kerana ilmu dan masalah untuk kajian, bersinar apabila dengan banyak mengingati Allah ,terbukalah hubungan hamba dengan Tuhannya dan luaslah peluang orang islam.
Firman Allah Subhanahu Wata’ala:

الذين يذكرون الله قياما وقعودا وعلى جنوبهم ويتفكرون في خلق السماوات ولأرض ربنا ما خلقت هذا باطلا سبحنك فقنا عذاب النار

"Orang-orang yang ingat Allah semasa berdiri,duduk atau dalam keadaan berbaring,dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata),..(Surah Ali’imran)

Ulama’ berkata:Diambil dari ayat ini bahawa Allah mengingatkan bahawa ilmu bergantung kepada 2 asas penting iaitu zikir an fikir . “ Orang-orang yang ingat Allah semasa berdiri,duduk atau dalam keadaan berbaring” lalu perbanyakkan mengingati Allah ,mereka sentiasa berhubung dengan tuhan.Hati dan akal mereka bercahaya  Orang-orang yang ingat Allah semasa berdiri,duduk atau dalam keadaan berbaring”, kemudian Allah berfirman lagi  “Dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi” .Mereka hubungkan zikir dan fikir hingga sampai kepada Allah “Ya Tuhan Kami, tidaklah kaun menciptakan ini sia-sia,MahaSuci Engkau ,lindungilah kami dari azab neraka

   
 
Oleh itu,zikir dan fikir adalah kemestian,khusus bagi pelajar.Selain itu,pelajar juga mesti mulazamah bersama guru dan ulama’dalam tempoh yang lama.Tidak akan menjadi seseorang yang belajar kecuali apabila mereka keluar untuk belajar,mengkaji,berlatih dan praktikal bersama serta bermulazamah dengan gurunya,kerana Sunnatullah bagi hambaNYA,tidak akan berubah.
Sunnatullah bagi hambaNYa ini ialah tiada sebarang profesionalisme,pertukangan,kerjaya atau bidang ilmu perlu kepada guru yang mahir,jelas dengan ilmu dan mengajar ilmu kepada pelajar serta menjelaskan masalahnya.Siapa mendakwa mempraktik ilmu dan berbicara padanya sedangkan dia tiada guru maka dia berdusta dengan ilmunya,aniaya dan berbohong kepada ilmu dan ahlinya (ulama’) kerana tidak akan lengkap seorang ulama’ kecuali dengan berguru.
Imam Al-Juwaini Rahimahullah berkata dalam syairnya yang masyhur:

اخي لن تنال العلم الا بسنه  سأنبيك عن تفصيلها ببيان ذكاء وحرص واجتهاد وبلغه وصحبه أستاذ وطول زمان

“Saudaraku,engkau tiadak akan dapat ilmu kecuali dengan 6 perkara.Aku akan jelaskannya dengan terperinci iaitu cerdik,minat,usaha ,kemampuan, mendampingi guru dan masa yang panjang


Umumnya,manusia menyandarkan syair syair ini kepada Imam Syafie’ Rahimahullah,namun Imam Al-Subki Rahimahullah menyebut dalam “Tabaqat Al-Shafi’iyyah Al-Kubra “ ia adalah syair Imam Al-Juwaini Rahimahullah Imam Haramain sahibul kitab (Tuan kepada kitab) Al-Burhan Fi Usul Al-Feqh,Nihayah Al-Matlab fi Dirayah Al-Mazhab ,Kitab Ghiyath al-Umam fil Qiasil zulam Antara kitab yang hebat dari ulama’ Shafi’ie dan sebagainya.Antara yang termasyhur bagi pelajar ialah “Kitabul Waraqat fi Usul Al-Feqh” satu matan kecil pertama bagi orang yang baru belajar seperti kitab Matan Al-Ajrumiah dalam ilmu nahu dan Matan Abi Syuja’ dalam ilmu feqh Shafi’ie dan yang setaraf dengannya.Mendampingi dan bermulazamah dengan guru adalah asas belajar,tidak akan sempurna dan tidak akan memperoleh ilmu selamanya berdasarkan logik kecuali bila berhubung dengan gurunya,seorang guru demi seorang guru (belajar bersama guru)hingga tinggi sanad dirayah dan pengajiannya untuk sampai kepada Sayyiduna Muhammad Sallallahu’alaihi Wasallam yang melimpah ilmunya,dan dari Baginda sumber pengetahuan

والله أعلم ..


BERSAMBUNG…
To Be Continued ...
Nantikan....

الله سبحانه و تعالى

:: Allah ::


I love You And I need You..
You Are My First & Last Hope,

I want your Peace,
I want your Blessings ..

Forever And Ever With Me..